“Jangan Malukan Diri!” – Fazura Tak Serik, Sekali Lagi Dapat Kecaman Netizen

EntertainmentMusic
21 Jun 2025 • 11:26 AM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
Ohmedia fazura Luar Biasa

Fazura yang dikenali sebagai pelakon berbakat dan usahawan berjaya terus mencabar diri dalam bidang nyanyian.

Terbaru, selebriti jelita ini tampil dengan lagu terbaru berjudul ‘Luar Biasa’ hasil kolaborasi dengan komposer popular Indonesia, Ade Govinda.

Lagu ini membawa mesej positif dan inspirasi dengan lirik penuh makna tetapi sambutan peminat nampaknya berbelah bahagi.

“Jangan malukan diri!” – Fazura

Menerusi ruangan komen perkongsian portal Media Hiburan, rata-rata mempersoalkan kemampuan vokal Fazura dan merasakan lagu tersebut lebih sesuai dinyanyikan penyanyi lain.

Netizen berpendapat Fazura tidak perlulah memalukan diri kerana nyanyian bukanlah bidang beliau meskipun sudah beberapa kali mencuba.

Namun ada juga netizen yang tampil lebih positif menasihati Fazura mengikuti kelas vokal dan tidak berputus asa dengan komen kritikan.

Fazura tetap positif dan bersyukur

image is not available

Dalam majlis pelancaran lagu ‘Luar Biasa’, Fazura tetap kelihatan tenang dan bersyukur dengan peluang ini.

Beliau tersentuh dengan lirik kerana benar-benar menggambarkan hakikat hidup yang mempunyai perjuangan tersendiri.

Pssttt! Sedap juga lagu baru Fazura ni kan. Gabungan komposer Indonesia dan penyanyi Malaysia memang meletup!

Kredit: Media Hiburan
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.

The post

appeared first on

.