
PUTRAJAYA - Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memberi peringatan kepada ahli dan pemimpin politik agar tidak memanipulasi isu yang boleh memecah-belahkan perpaduan kaum dan agama negara ini.
Tegasnya, Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) menerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) diarahkan untuk memantau hantaran serta tulisan yang menjurus ke arah perkara itu.
"Kita harus bersama dalam pembangunan bangsa, menghormati agama dan kaum walaupun berbeza politik," katanya menerusi sidang akhbar selepas sesi libat urus Program Tabika Pra Tahfiz di Kementerian Desa dan Wilayah (KKDW) dekat sini pada Rabu.
AKAN MENYUSUL
