Jangan Menangis! Syafiq Kyle Sahkan Sedang Buat Persiapan Untuk Mengakhiri Zaman Bujang Bersama Mimi Lana

18 Jan 2023 • 10:11 AM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Syafiq Kyle dan Mimi Lana - Gambar Instagram Mimi Lana

Nampaknya banyak hati yang akan berkecai selepas mendengar kenyataan yang dibuat oleh aktor kacak, Syafiq Kyle yang dikatakan akan menamatkan zaman bujangnya pada tahun ini bersama aktres Mimi Lana.

Menerusi video yang dikongsikan oleh Instagram Hlive, Syafiq atau nama sebenarnya Mohd Syafiq Shamim Abdul Razak, 30, memberitahu dia kini sedang melakukan satu persatu persiapan untuk bergelar seorang suami.

Difahamkan juga, Syafiq dan Mimi Lana telah pun menghadiri kursus perkahwinan sebagai persiapan bergelar suami isteri.

Kisah percintaan pasangan ini mula menjadi perhatian ramai sejak dikatakan menjalin hubungan cinta kira-kira tujuh tahun lalu. Hubungan mereka berdua juga pernah terhenti seketika sebelum kembali bertaut. 

Semoga segala urusan pasangan ini untuk membina masjid akan dipermudahkan. - Getaran, 18 Januari 2023