“Jangan Minta Saya Campur Tangan” – Anwar Ibrahim Tegas Tindakan Terhadap Shuhaily Ikut Lunas Undang-Undang

LocalPolitics
3 Nov 2026 • 1:31 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa sebarang tindakan terhadap Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS), Datuk Seri Mohd. Shuhaily Mohd. Zain perlu dilaksanakan mengikut lunas perundangan selepas siasatan dijalankan.

Kes Shuhaily, apa kata Anwar Ibrahim

Menurut Anwar, meskipun Mohd. Shuhaily menunjukkan prestasi kerja yang baik, perkara itu tidak bermakna beliau terkecuali daripada mematuhi peraturan dan proses undang-undang.

Advertisement

Jika tanya saya daripada segi peribadi, saya simpati dengan beliau tetapi proses itu, bila ada dakwaan sama ada daripada orang ramai atau polis, itu soal siasatan. Jangan minta saya atau Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail campur tangan sampai ke situ.

Anwar Ibrahim di Dewan Rakyat

Kes video viral Shuhaily di KLIA

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Datuk Seri Dr. Shahidan Kassim (PN-Arau) berhubung pertukaran semula Mohd. Shuhaily ke Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam Sesi Pertanyaan Perdana Menteri (PMQT) di Dewan Rakyat, hari ini.

Cuma sekarang ini, jika didapati oleh pihak pendakwaan bahawa ada kes untuk didakwa, beliau dakwa. Bila didakwa, proses ikut peraturan negara.

Anwar turut menegaskan bahawa beliau dan Menteri Dalam Negeri tidak seharusnya campur tangan dalam proses siasatan serta pendakwaan yang perlu dijalankan mengikut peraturan negara.

Datuk Seri Mohd. Shuhaily di mahkamah

Polis pun akan disiasat

Dalam pada itu, beliau menegaskan bahawa prestasi cemerlang atau jasa seseorang pegawai bukan alasan untuk mengecualikannya daripada siasatan sekiranya terdapat laporan berhubung dakwaan pelanggaran peraturan atau undang-undang.

Kita kena ingat betapa baik pun mana-mana pegawai, dia mesti ikut peraturan. Kalau ada dakwaan atau tuduhan seorang itu didera, ia mesti ikut proses. Kerja mesti profesional, tapi kalau ada tindakan yang melanggar undang-undang, itu kena ikut proses.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain, Ketua Pengarah AKPS, akan dikembalikan ke PDRM2026-10-29 12:46:06

Mohd Shuhaily Dikembalikan Ke PDRM, Keputusan Dibuat Minggu Lalu - Saifuddin

The post “Jangan Minta Saya Campur Tangan” – Anwar Ibrahim Tegas Tindakan Terhadap Shuhaily Ikut Lunas Undang-Undang first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved