“Jangan Normalisasi Bawa Pasangan Belum Sah” – Individu Tegur Orang Bujang Lupa Adab

LocalOpinion
16 Dec 2024 • 5:41 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available

Majlis perkahwinan adalah acara yang diadakan untuk meraikan penyatuan dua individu melalui pernikahan. Selalunya, majlis perkahwinan dihadiri bersama ahli keluarga atau pasangan yang sah.

Baru-baru ini tular di Tiktok, seorang pengguna akaun telah memuat naik satu hantaran yang menegur sikap individu bujang hari ini yang membiasakan amalan membawa pasangan bukan mahram ke majlis perkahwinan.

Majlis baik, datang dengan cara yang baik

image is not available

Individu itu berkata, majlis perkahwinan adalah acara yang penuh dengan berkat dan kehadiran kita perlu membawa keberkatan.

Beliau turut menegaskan bahawa membawa pasangan tanpa ikatan sah boleh mencetuskan fitnah atau salah faham, terutama dalam majlis formal yang berteraskan agama dan adat.

Tolong semua, jangan biasakan membawa teman lelaki, teman wanita, atau tunang seseorang yang bukan mahram ke majlis perkahwinan.

Majlis yang baik, dijemput dengan cara yang baik, maka datangilah majlis itu dengan cara yang baik.-Katanya

Dalam masa yang sama, individu itu turut meingatkan, menghormati majlis serta tuan rumah dengan hadir secara sopan dan mengikut syariat adalah tanda menjaga maruah diri dan orang lain.

Garis panduan Islam antara lelaki dan perempuan islam

Menurut Mufti Wilayah Persekutuan, asas pergaulan yang melibatkan percampuran antara lelaki dan wanita hanya dibenarkan pada urusan darurat dan urusan keperluan bagi muamalat seharian sesama manusia.

Majlis perkahwinan bukan sekadar acara sosial, tetapi juga ruang untuk menghormati nilai agama dan adat.

#OhmediaNasihat

Semoga kita dapat mengambil pengajaran daripada teguran ini dan dapat terus menjaga adab serta keberkatan dalam setiap majlis yang kita hadiri.

image is not available

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook.
Rujukan kami: Tiktok