‘Jangan normalisasikan maksiat’ – Dr Ahmad Sanusi

LocalOpinion
11 Mar 2025 • 10:27 AM MYT
The Reporter
The Reporter

Malay site offers reporting updates and viral community news from Malaysia

Timbalan Dekan Penyelidikan dan Inovasi, Fakulti Pengajian Quran Sunnah, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Profesor Madya Dr Ahmad Sanusi Azmi mengingatkan masyarakat agar tidak menormalisasikan maksiat.

Menerusi hantaran di Facebook milik beliau, Dr Ahmad Sanusi menjelaskan, bertepuk tampar sesama pasangan yang belum berkahwin dicegah dalam Islam.

Beliau juga memetik sabda Rasullah yang memberikan amaran keras kepada pasangan yang bercinta, namun seronok berpegangan tangan.

Sabda Rasulullah:

لَأَنْ يُطْعَنَ فِي رَأْسِ أَحَدِكُمْ بِمِخْيَطٍ مِنْ حَدِيدٍ خَيْرٌ لَهُ مِنْ أَنْ يَمَسَّ امْرَأَةً لَا تَحِلُّ لَهُ

“Andai sekiranya kepala salah seorang di antara kamu ditusuk dengan jarum besi itu adalah lebih baik baginya daripada menyentuh wanita yang tidak halal buat dirinya.” (HR al-Tabrani)

“Apatah lagi sekiranya yang melakukan itu merupakan seorang yang dikenali ramai, namun dia menunjukkan contoh yang bercanggah dengan perintah Allah.

“Sekiranya perbuatan melakukan maksiat ini diikuti oleh anak muda yang lain, maka dia akan menanggung dosa orang yang mengikuti perbuatannya itu,” katanya.

Dalam hantaran itu juga, beliau menasihati orang awam supaya tidak menunjukkan sokongan terhadap perbuatan yang bertentangan dengan syarak.

“Jangan pula kita berkongsi dan turut menyebarkan kerosakan ini. Malah kerosakan yang disenyapkan ini mengundang azab Allah.

“Semoga Allah membimbing kita,” tulisnya.