“Jangan Normalize Benda Ni” – Rafidah Ibrahim Kecam Individu Troll Pemimpin Termasuk PMX Guna Video AI

LocalPolitics
4 Nov 2026 • 10:31 AM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Memang tidak dapat dinafikan, penggunaan Kecerdasan Buatan (AI) memberikan pelbagai manfaat khususnya dalam meningkatkan produktiviti pekerjaan.

Bagaimanapun, ada juga individu yang menyalahgunakan kecanggihan teknologi tersebut untuk perkara-perkara tidak berfaedah meskipun ia mampu mengguris dan menghina orang lain.

Baru-baru ini, pelakon dan aktivis Rafidah Ibrahim mengecam mana-mana individu yang bertindak ‘membahan’ atau menjadikan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim serta para pemimpin lain sebagai satu jenaka dengan menggunakan video janaan AI.

“Saya kecam sesiapa yang guna AI memperolokkan para pemimpin terutama PMX, sebab dia Perdana Menteri. Termasuk jugaklah para ulama, kerajaan ataupun pembangkang!” tegasnya.

‘Walaupun Tak Setuju Dengan Anwar, Tak Tergamak Nak Troll Guna Video AI’ – Rafidah

Meskipun mengakui dia tidak bersetuju dengan Anwar, namun Rafidah berkata dia tidak tergamak berbuat demikian kerana menghormati beliau sebagai Perdana Menteri Malaysia.

Dalam masa sama, dia juga sempat menasihati orang ramai agar tidak menormalisasikan perkara terkutuk itu.

“Bengang macam mana pun anda dengan mereka jangan guna AI! Saya tak setuju dengan PMX pun, tak tergamak nak troll guna video AI. Jangan normalisasi benda macam ni,” katanya menerusi hantaran di akaun Threads miliknya semalam (3 November).

View on Threads

‘Tak Percaya Kali Ni Kak Fidah Sokong PMX’ – Netizen

Menerusi ruangan balas, segelintir individu seolah-olah tidak percaya kenyataan itu dilontarkan oleh Rafidah memandangkan dia selama ini lantang bersuara mengenai percanggahan pandangan dengan ahli politik baik dari blok kerajaan mahupun pembangkang.

“Aku baca sampai tiga kali sebab tak percaya Kak Fidah ni siap sokong PMX sekali,” kata seorang warganet.

“Dekat sini nampak yang Kak Pidah tak berpihak kepada mana-mana parti dan secara tidak langsung mencerminkan beliau pengundi atas pagar. Titik terendah rakyat Malaysia kali ni terpaksa setuju dengan Kak Pidah,” kata seorang lelaki.

‘Mengaibkan Troll Orang Guna AI, Memang Jijik’ – Netizen

Pun begitu, ramai juga dilihat bersetuju dengan pendirian Rafidah mengenai penyalahgunaan AI untuk membahan golongan pemimpin.

“Titik terendah aku terpaksa setuju dengan akak Pidah. Louder kak,” kata seorang lelaki.

“Aduh Kak Fidah yang ni saya kena sokong la walaupun saya walanon. Go Kak Fidah, lindungi Anwar dengan apa cara sekali pun,” tambah seorang pengguna Threads.

“Ya mengaibkan guna AI. Memang jijik. Tak takut dosa, tak kira la dari parti mana,” kata seorang individu dipercayai merujuk kepada konten troll.

Rafidah turut berkata, “Tak adalah atas pagar. Walanon, walaun (slang diberikan bagi penyokong tegar kerajaan) nak terbaik untuk negara.”

Berikut antara komen-komen netizen:

Image from: “Jangan Normalize Benda Ni” – Rafidah Ibrahim Kecam Individu Troll Pemimpin Termasuk PMX Guna Video AI
Image from: “Jangan Normalize Benda Ni” – Rafidah Ibrahim Kecam Individu Troll Pemimpin Termasuk PMX Guna Video AI
Image from: “Jangan Normalize Benda Ni” – Rafidah Ibrahim Kecam Individu Troll Pemimpin Termasuk PMX Guna Video AI
Image from: “Jangan Normalize Benda Ni” – Rafidah Ibrahim Kecam Individu Troll Pemimpin Termasuk PMX Guna Video AI
Image from: “Jangan Normalize Benda Ni” – Rafidah Ibrahim Kecam Individu Troll Pemimpin Termasuk PMX Guna Video AI
Image from: “Jangan Normalize Benda Ni” – Rafidah Ibrahim Kecam Individu Troll Pemimpin Termasuk PMX Guna Video AI
Image from: “Jangan Normalize Benda Ni” – Rafidah Ibrahim Kecam Individu Troll Pemimpin Termasuk PMX Guna Video AI
Sumber: Threads

Rafidah Ibrahim Sebelum Ini Post Video Suntingan Dipercayai ‘Troll’ Anwar

Bagaimanapun menerusi semakan kami, dia sebelum ini telah memuat naik satu video suntingan menunjukkan Anwar berkata ‘banjir’ dalam keadaan glitching berulang kali.

Video Anwar melaungkan perkataan banjir itu disunting sekali bersama video Kool FM yang memaparkan keadaan banjir di TTDI Jaya, Kuala Lumpur.

“Jangan kecam, tak kutuk dia pun. Bagi tahu je,” katanya di ruangan kaspyen hantaran.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved