“Jangan Pandang Ringan Diam Diri Yang Terlalu Lama” – Hantaran Terbaru Ruhainies Undang Perhatian

Entertainment
16 Apr 2024 • 10:58 AM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
ruhainies umrah

Umum sedia maklum, pelakon yang terpalit dengan kes khalwat iaitu Ruhainies kini sedang mengerjakan ibadah umrah di Mekah.

Difahamkan, Ruhainies dan keluarganya termasuk Nur Risteena berpeluang berpuasa sekaligus menyambut hari raya Aidilfiri di sana.

Terbaru, pelakon ini mengundang perhatian ramai menerusi satu perkongsian di Instagram Story. Ruhainies memuat naik fotonya berjubah hitam dengan kapsyen supaya diam dirinya yang terlalu lama tidak dipandang remeh.

image is not available

image is not available

Terdahulu, pelakon ini menjadi mangsa kritikan netizen selepas didakwa menjadi orang ketiga dalam rumah tangga Bella Astillah dan Aliff Aziz.

Bella juga dalam satu temubual dengan media mendedahkan suaminya berubah sikap selepas menjalani penggambaran dengan Ruhainies.

Dakwa Bella lagi, gps yang diletakkan di kereta menunjukkan Aliff sudah lebih 8 kali ke Pavilion Suites iaitu kondominium mewah yang didakwa menjadi tempat tinggal Ruhainies.

Namun, Ruhainies tidak memberi sebarang respon balas kepada dakwaan tersebut.

Kredit: Instagram Ruhainies

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

View Original Article