Jangan Panik Bila Kereta Pancit, Ini Cara Mudah & Selamat Tukar Tayar Spare 

Cars
29 Oct 2024 • 3:06 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Jangan Panik Bila Kereta Pancit, Ini Cara Mudah & Selamat Tukar Tayar Spare

“Malang tidak berbau,” itulah ungkapan yang tepat untuk menggambarkan situasi apabila tayar kereta tiba-tiba pancit.

Walaupun jarang berlaku, tayar pancit adalah insiden yang boleh dialami oleh mana-mana pemilik kereta, termasuk kita sendiri.

Bila perkara ini terjadi berhampiran bengkel, tiada masalah besar kerana anda boleh telefon mekanik untuk datang bantu.

Tapi, bayangkan jika tayar pancit di tengah malam dan jauh dari bengkel. Mahu tak mahu, anda terpaksa menukar tayar ganti sendiri.

Oleh itu, penting bagi semua pemandu mengetahui cara menukar tayar pancit agar tidak panik bila berdepan situasi sebegini.

Bagi kebanyakan orang, terutama kaum wanita, menukar tayar adalah sesuatu yang sukar dan memerlukan banyak tenaga untuk melakukannya.

Namun, dengan panduan ini, anda boleh belajar cara menukar tayar pancit dengan mudah dan selamat, menurut perkongsian oleh pengguna TikTok @mr.bengchan.

Panduan Mudah Tukar Tayar Pancit

image is not available
Kredit: TikTok @mr.bengchan

Pertama sekali, keluarkan tayar spare, jack dan lug wrench dari bonet belakang kereta.

Sebelum itu, pasang segi tiga amaran pada jarak yang sesuai untuk memberi amaran kepada kenderaan lain.

Ini penting untuk memastikan persekitaran anda selamat sebelum mula menukar tayar.

image is not available
Kredit: TikTok @mr.bengchan

Kemudian, letakkan jack di titik jacking point (titik khusus di bawah kereta yang direka untuk menampung beban), dan naikkan kereta sedikit sehingga ada ruang di bawah tayar.

image is not available
Kredit: TikTok @mr.bengchan

Selepas itu, letakkan tayar spare di bawah kereta sebagai langkah berjaga-jaga sekiranya jack terjatuh atau tergelincir.

image is not available
Kredit: TikTok @mr.bengchan

Seterusnya, gunakan kaki anda untuk melonggarkan nat tayar menggunakan beban berat badan jika perlu.

image is not available
Kredit: TikTok @mr.bengchan

Selepas melonggarkan nat, keluarkan tayar pancit dan letakkan di bawah kereta menggantikan tayar spare.

image is not available
Kredit: TikTok @mr.bengchan

Akhir sekali, letakkan tayar spare pada posisi yang betul dan ketatkan skru serta nat secara bersilang (cross pattern). Gunakan berat badan untuk memastikan nat benar-benar ketat dan stabil.

Menukar tayar spare adalah langkah kecemasan sementara sahaja. Pastikan anda segera ke bengkel untuk menggantikan tayar pancit dengan tayar baru.

Ini kerana tayar spare hanya sesuai untuk perjalanan 80 km ke 113 km pada kelajuan maksimum 80 km/j.

Semoga bermanfaat.

Sumber: mr.bengchan via TikTok