
Jangan Panik, Ini 5 Cara Atasi Masalah Semut Dalam Komputer Riba
Tidak dinafikan, kehadiran semut di dalam rumah memang satu perkara yang cukup merimaskan.
Walaupun kecil, serangga ini boleh muncul dalam jumlah yang banyak, terutama apabila ada sisa makanan atau kawasan yang lembap.
Ada kalanya, ia bukan sekadar berada di dapur atau meja makan, malah boleh ‘menyerang’ ruang kerja, bilik tidur dan kawasan yang tidak dijangka.
Hari ini, SK akan kongsikan lima cara atasi masalah semut dalam komputer riba, menurut portal Antipest Pest Control.
1. Pembersihan berkala
Menurut portal Antipest Pest Control, peranti dan ruang kerja perlulah kerap dibersihkan dengan menggunakan tisu khas elektronik untuk papan kekunci dan skrin.

Selain itu, gunakan penyedut hampagas atau udara termampat untuk membuang sisa di celah kekunci dan port.
Turut dicadangkan untuk lap permukaan dengan larutan cuka ringan untuk menghapuskan bau jejak semut.
2. Tutup laluan masuk
Portal Antipest Pest Control juga menasihatkan untuk halang semut daripada memasuki ruang kerja dengan menutup rekahan dan celah pada dinding, tingkap dan pintu dengan bahan penutup.

Dinasihatkan untuk periksa keadaan secara berkala dan baiki jika perlu.
3. Ubah suai persekitaran
Menurut portal Antipest Pest Control, kawal kelembapan dengan pengudaraan yang baik dapat mengurangkan tarikan kepada semut serta melindungi komponen elektronik.

Difahamkan, simpan makanan dalam bekas tertutup dan elakkan makan berhampiran komputer riba dapat menghapuskan tarikan utama kepada semut.
4. Penghalau semula jadi
Dalam portal Antipest Pest Control juga mencadangankan untuk semburkan minyak pudina yang dicairkan atau jus lemon di sekitar komputer riba untuk menghalang semut daripada masuk.

Di samping itu, anda boleh taburkan serbuk diatomaceous earth atau serbuk lada ringan di sekitar kawasan kerja.
Namun begitu, cara penghalau semula jadi ini dilarang untuk disemburkan dalam lubang pengudaraan atau port dan bahagian dalam komputer riba.
5. Pusat servis elektronik
Menurut portal Antipest Pest Control, jika petua rumah tidak berkesan, sudah tiba masanya untuk mendapatkan bantuan profesional.

Pakar boleh membuka peranti dengan selamat, membersihkan komponen dalaman, dan memberikan penyelesaian jangka panjang untuk menghapuskan semut dalam komputer riba.
Selain itu, anda juga boleh meminta semburan atau rawatan khas kalis semut yang sesuai digunakan untuk peranti elektronik.
BACA: Awas, Pegang Resit Selepas Pakai “Hand Sanitizer” Boleh Undang Risiko Bahaya
Sumber: Antipest Pest Control
The post Jangan Panik, Ini 5 Cara Atasi Masalah Semut Dalam Komputer Riba appeared first on Siakap Keli.


