Jangan panik kalau anak tercekik ketika makan, pakar ini kongsi langkah yang boleh diambil segera

Family & Parenting
3 Oct 2022 • 12:15 PM MYT
SinarPlus
SinarPlus

SinarPlus is a portal based on News, Current Affairs and Lifestyle content

image is not available

MASALAH tercekik dalam kalangan orang dewasa bukanlah satu perkara terlalu merisaukan kerana mereka masih boleh mengadu dan menyelesaikan masalah itu sendiri.

Pun demikian, berbeza pula dengan bayi atau kanak-kanak yang tersangkut makanan di kerongkong.

Mereka sudah pasti tidak berupaya untuk memberitahu mak dan ayah.

Keadaan itu sangat dikhuatiri kerana ia boleh memicu kepada perkara yang tidak diinginkan, apa lagi kalau bukan kematian.

image is not available
Kredit foto: Pexels

Menurut Healthline, kanak-kanak biasanya tercekik kerana memasukkan sebarang objek ke dalam mulut mereka.

Namun si kecil juga boleh alami masalah itu sewaktu makan kerana terlalu cepat mengunyah dan menelan.

Rentetan itu, SinarPlus merujuk perkongsian Laman perubatan Children Hospital Los Angeles, Amerika Syarikat mengenai tanda-tanda kanak-kanak tercekik.

image is not available
Kredit foto: Gustavo Fring

Berikut petanda-petansa yang perlu ibu bapa perlu tahu:

i) Kanak-kanak mula menunjukkan tanda batuk dan tersedak.
ii) Corak pernafasan anak-anak kelihatan semakin laju.
iii) Kanak-kanak yang berusia setahun ke atas akan menunjukkan reaksi memegang leher dengan kedua-dua belah tangan.
iv) Bibir dan kulit anak-anak menjadi kebiru-biruan.

Sekiranya anda berhadapan dengan keadaan anak-anak tercekik, mak ayah sekalian jangan terlalu panik.

Anda boleh praktikkan cara yang dikongsikan oleh Pengasas MedTweetMY, Dr Khairul Hafidz Alkhair Khairul Amin.

Berikut langkah-langkah yang boleh dilakukan:

i) Berikan lima pukulan belakang.
-Pastikan bayi menghadap ke bawah dengan tangan anda memegang rahang si kecil.
Dengan menggunakan hujung tapak tangan, berikan lima pukulan kuat dan laju di antara tulang belikatnya.

image is not available
Kredit foto: Sarah Chai

ii) Berikan lima tujahan dada.
-Jika tiada sebarang objek yang keluar daripada mulut anak, pusingkan muka bayi ke atas dan sandarkan mereka pada peha.
-Letakkan jari telunjuk dan jari tengah pada tulang payudaranya (tepat di bawah puting) dan berikan lima tujahan dada sedalam 1 hingga 1.5 inci.

Untuk mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku, pastikan anda memerhatikan setiap gerak-geri anak-anak supaya mereka tidak memasukkan sebarang objek ke dalam mulut.

Akhir sekali, sekiranya kita tidak yakin mengendalikan anak-anak yang tercekik, segera ke klinik berdekatan untuk mendapatkan rawatan.

Kredit foto utama: Martinus

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat

Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk cerita-cerita yang ohsem dan menghiburkan