Jangan Panik “Roadtax” Mati, “Renew” Dekat MyJPJ Sekelip Mata

Cars
9 Feb 2024 • 6:38 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Jangan Panik “Roadtax” Mati, “Renew” Dekat MyJPJ Sekelip Mata

Bayangkan anda sedang memandu di jalan raya, tiba-tiba ada sekatan jalan raya yang dibuat pada arah yang berlawanan.

Ketika melihat pihak polis menjalankan tugas pada laluan bertentangan, anda pun terdetik untuk melihat tarikh luput lesen kenderaan anda.

Mata anda terbeliak, apabila tarikh luput bagi lesen kenderaan anda sebenarnya sudah lama tamat tempoh sejak beberapa bulan lepas.

Berbeza dengan lesen memandu, tarikh luput lesen kenderaan tidak mengikut tarikh lahir pemilik kenderaaan. Maka, tidak hairanlah jika ramai yang terlupa mahupun terlepas pandang.

Bayangkan pula jika jalan yang anda perlu lalui selepas ini ada sekatan jalan yang sama.

Mesti rasa tergerak nak segera perbaharui cukai jalan, kan? Bila tengok jam, alamak pejabat JPJ dan Pejabat Pos dah tutup la, macama mana?

Jika anda sedang mengalami masalah tersebut, jangan risau kerana kita dapat memperbaharui lesen tersebut secara atas talian menerusi aplikasi MyJPJ.

Pakai MyJPJ pun boleh ‘renew’ lesen kenderaan yang dah ‘mati’ secara atas talian

Selaras dengan Langkah Digitalisasi yang diperkenalkan Kementerian Pengangkutan, kebanyakan urusan melibatkan dokumentasi pengangkutan kini sudah didigitalisasikan.

Pengguna juga tidak lagi perlu mengambil lesen kenderaan secara fizikal kerana format digitalnya (e-LKM) sudah tersedia di dalam aplikasi MyJPJ.

Lebih menyeronokkan, urusan pembaharuan e-LKM juga boleh dilakukan secara atas talian menerusi peranti pintar anda.

Dengan ini, anda boleh memperbaharui e-LKM bagi kereta anda, tanpa mengira masa dan di mana jua anda berada.

Langkah-langkahnya juga sangatlah mudah, tidak ubah seperti cara anda membeli belah di platform maya.

Pertama sekali, anda perlu membuka aplikasi MyJPJ dan klik pada bahagian ‘Profil’ yang tertera pada bawah penjuru kanan paparan skrin anda.

image is not available
Kredit: JPJ

Anda akan menjumpa dua jenis Lesen iaitu Lesen Memandu dan Lesen Kenderaan Motor. Klik pada bahagian ‘Lesen Kenderaan Motor’.

Seterusnya, paparan skrin akan menunjukkan nombor pendaftaran kenderaan yang didaftarkan di atas nama anda. Pilih nombor pendaftaran kenderaan yang tepat bagi lesen kenderaan motor ingin diperbaharui.

image is not available

Tatal skrin sehingga terjumpa pilihan ‘Pembaharuan’ dan klik pada bahagian tersebut.

Seterusnya, pilih tempoh pembaharuan serta mod pembayaran mengikut pilihan anda.

image is not available

image is not available

Apabila selesai membuat pilihan, klik pada butang ‘Bayar’. Aplikasi tersebut akan membawa anda ke terminal pembayaran dan anda perlu mengisi maklumat kad debit atau kad kredit yang ingin digunakan untuk membuat bayaran.

image is not available

Setelah selesai, klik ‘Proceed’ dan anda akan menerima kod MSOS menerusi SMS. Masukkan kod MSOS pada ruangan sepatutnya dan klik ‘Submit’.

image is not available

Jika tiada sebarang masalah, pembayaran berjaya dilakukan dan anda boleh menyimpan resit sebagai rujukan.

Selesai.

image is not available

Sumber: Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia via Facebook

View Original Article