Jangan panik! Tiada soalan bocor, KPM yakin integriti SPM terjamin sepenuhnya

LocalPolitics
25 Nov 2025 • 10:56 AM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Kementerian Pendidikan (KPM) menjalankan siasatan berhubung dakwaan kertas peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025 bocor, namun yakin kejadian itu tidak berlaku dan integriti peperiksaan masih terpelihara.

Ketua Pengarah Pendidikan, Dr Mohd Azam Ahmad, berkata pihaknya menyedari kewujudan dakwaan yang tular di media sosial, tetapi belum menerima sebarang laporan rasmi setakat ini.

KPM yakin integriti SPM terjamin sepenuhnya

image is not available

“Saya tak ada terima laporan secara rasmi lagi tapi kita ada melihat dakwaan itu di media sosial dan ia dalam tindakan pihak kami termasuk oleh Lembaga Peperiksaan.
“Buat masa sekarang kita percaya soalan-soalan SPM masih lagi terkawal dengan baik,” katanya, hari ini.
image is not available

Kredit Foto: BH Online| ASWADI ALIAS

Sebelum ini, beberapa tangkap layar tular menawarkan ‘soalan bocor’ SPM yang didakwa dijual serendah RM499 bagi setiap subjek, lengkap dengan janji gred A atau wang dikembalikan.

image is not available

Mengulas lanjut, Mohd Azam menjelaskan Lembaga Peperiksaan mempunyai prosedur jelas dalam menangani sebarang dakwaan berkaitan kebocoran soalan.

“Saya pasti mereka ada prosedur sebab saya sendiri pernah menjadi pengarah peperiksaan, jadi kita ada prosedur untuk menangani (dakwaan berkenaan),” katanya.

SPM 2025 bermula hari ini dengan 413,372 calon menduduki peperiksaan itu sehingga 23 Disember.

Sumber: BH Online (Mohd Iskandar Ibrahim)