“Jangan Rasa Diri Tu Baik Sangat, Kau Ni Sebenarnya Dendam” – PS Dianggap Melampau, Tak Reti Tutup Aib Suami

19 Apr 2023 • 1:08 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Semalam, Puteri Sarah ada memuat naik status di Instagram Stories mengatakan dirinya di block semula oleh suami, Syamsul Yusof di aplikasi WhatsApp susulan berkeras mahu menyaman isteri kedua, Ira Kazar serta keluarga.

Dapat dilihat dalam status tersebut Sarah meluahkan rasa marah terhadap Syamsul yang sering menyebelahi pihak sana hingga berharap seluruh keluarga Ira termasuk pengarah sensasi itu dipenjarakan satu hari nanti.

image is not available

Status tersebut telah meraih perhatian ramai dan ramai yang menyokong tindakan pelakon tersebut meneruskan saman terhadap isteri kedua Syamsul kerana sebelum ini didakwa sering menganggu ketenteraman hidup Sarah.

Bagaimanapun, terdapat juga beberapa individu merasakan kata-kata Sarah terhadap Syamsul berlebihan, lagi-lagi aktor tersebut masih lagi berstatus suaminya.

image is not available

 

image is not available

Menurut beberapa individu yang kurang gemar dengan cara aktres tersebut, sebagai seorang isteri Sarah perlu menutup aib suami sebaik mungkin biarpun perkara yang dilakukan teruk.

Malah, ada yang menasihatinya untuk move on dan buang hal yang keruh supaya hidup akan lebih tenang di masa akan datang.

Sekadar info, semalam Syamsul Yusof mengambil tindakan mengejut apabila dia enggan menceraikan Puteri Sarah susulan soal nafkah anak dan juga saman terhadap Ira Kazar.

image is not available 1 hari lalu

"Saya Minta Kes Ira Kaza Ditarik Balik, Dia Tak Nak, Fitnah Saya" - Syamsul Yusof Dakwa PS Putar Cerita, Tukar Perjanjian Perceraian