‘Jangan sabotaj perancangan kerajaan walau berbeza politik’

LocalPolitics
30 Apr 2025 • 8:37 AM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Amir Anuar

TAWAU: Anggota perkhidmatan awam, khususnya yang mempunyai fahaman politik berbeza dengan ‘kerajaan hari ini’, diingatkan supaya tidak mensabotaj perancangan pembangunan Kerajaan Persekutan dan Negeri demi kesejahteraan rakyat.

Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri, Datuk Nizam Abu Bakar Titingan menyifatkan profesionalisme dan integriti dalam tugasan rutin perlu diutamakan tanpa berbelah bahagi.

“Kita berharap semua penjawat awam dapat mengelakkan diri daripada perbuatan mensabotaj perancangan pembangunan yang diatur, terutama sekali jangan merosakkan pelan kerajaan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []};googletag.cmd.push(function() {googletag.defineSlot('/22826383987/dailyexpress_inline', [1, 1], 'gpt-passback').addService(googletag.pubads());googletag.enableServices();googletag.display('gpt-passback');});“Sebagai kakitangan kerajaan, sudah tentu keutamaan kita adalah melaksanakan tugas hakiki mengikut arahan atau amanat kerajaan hari ini, sekalipun berbeza fahaman politik,” katanya.

Nizam berkata demikian semasa ditemui sempena majlis Hari Raya Aidilfitri bersama warga perkhidmatan awam di Bangunan Gunasama Wisma Persekutuan Tawau, di sini, pada Selasa.

Mengulas lanjut, beliau memuji kakitangan yang berkhidmat di Wisma Persekutuan Tawau kerana komited menyampaikan segala agenda pembangunan Kerajaan Perpaduan Madani.

“Saya amat menghargai perkhidmatan kakitangan kerajaan kepada warga Tawau dan berharap mereka akan terus fokus dan komited menjalankan tugas dengan penuh kejujuran dan integriti.

“Teruskan juga hubungan baik yang dijalin bersama Kerajaan Persekutuan dan Negeri supaya memudahkan agenda pembangunan dan pembaharuan sampai kepada akar umbi,” katanya.