Jangan salah guna kedudukan! Letak jawatan jika serang rakan Kerajaan Persekutuan dalam PRN – Anwar

LocalPolitics
19 Jul 2026 • 5:10 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi amaran kepada mana-mana menteri, timbalan menteri atau pemegang jawatan dalam agensi kerajaan supaya tidak menyalahgunakan kedudukan untuk menyerang rakan dalam Kerajaan Persekutuan ketika berkempen pada Pilihan Raya Negeri (PRN).

Beliau menegaskan, tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana pihak yang melanggar disiplin kerajaan, termasuk diminta berundur daripada jawatan yang disandang.

Anwar berkata, pemegang jawatan kerajaan masih boleh berkempen dalam isu berkaitan negeri, namun tidak seharusnya menjadikan pentas politik sebagai medan untuk menyerang pihak yang berada dalam gabungan Kerajaan Persekutuan.

“Kalau dia pegang jawatan daripada persekutuan, dia tak boleh serang, menjadikan ini sebagai satu medan politik menyanggah kerana dia kena jaga disiplin.
“Kalau dia pilih untuk buat begitu, dia harus undur daripada jawatan dia. Kita kena jaga supaya jangan langgar kerana kalau ada pelanggaran, saya akan minta mereka undur,” katanya, hari ini.

Image from: Jangan salah guna kedudukan! Letak jawatan jika serang rakan Kerajaan Persekutuan dalam PRN – Anwar

Image from: Jangan salah guna kedudukan! Letak jawatan jika serang rakan Kerajaan Persekutuan dalam PRN – Anwar

Menurut Anwar, perkara itu telah diputuskan selepas beliau menghubungi Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Fadillah Yusof semalam.

Beliau berkata, calon yang memegang jawatan dalam kerajaan termasuk menteri, timbalan menteri atau pemegang jawatan dalam agensi masih boleh membincangkan isu negeri ketika kempen berlangsung.

“Kita ingatkan calon-calon, terutama yang pegang jawatan menteri, timbalan menteri atau pemegang mana-mana agensi, dia boleh bertarung dalam isu-isu negeri.
“Setakat ini, kita minta mereka kawal supaya hubungan kita di Persekutuan kekal baik, supaya kerja boleh dijalankan.
“Biarlah kita kawal kalau ada pertarungan di peringkat negeri,” katanya lagi.

Image from: Jangan salah guna kedudukan! Letak jawatan jika serang rakan Kerajaan Persekutuan dalam PRN – Anwar

Beliau berkata, langkah itu penting bagi memastikan hubungan dalam Kerajaan Persekutuan terus terpelihara dan urusan pentadbiran negara tidak terjejas sepanjang tempoh berkempen.

Sumber: Harian Metro (Syafiq Akhir)

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved