"Jangan Samakan Anak Artis Dengan Anak You!" - Che Ta 'Sembur' Netizen Yang Kesian Tengok Aaisyah Dewasa Dari Usia

7 Jul 2023 • 12:58 PM MYT
Rileklah
Rileklah

Lifestyle & travel news. Malaysian-style travel, tips, food, hotel and more!

image is not available

Pelakon jelita Rozita Che Wan atau Che Ta tidak sudah-sudah menjadi sasaran netizen terutama selepas dia baru-baru ini memuat naik perkongsian beberapa foto persalinan Hari Raya Aidiladha yang berwarna hijau zamrud serta biru lembut.

Perkongsian Che Ta itu menarik perhatian selepas anak perempuannya, Aaisyah Dhia Rana kelihatan begitu cantik dengan solekan dan gayaan persalinan baju rayanya.

Bagaimanapun, perkongsian itu menuai reaksi kurang senang dari segelintir netizen yang rasa ‘kasihan’ melihat Aaisyah, malah ada yang mempersoalkan pelakon tersebut kerana dikatakan ‘mendewasakan’ anak perempuannya yang berusia 9 tahun.

image is not available

“Kesian budak ni…”, komen netizen.

“Kenapa nak mendewasakan Aaisyah ye. Budak ni memang cute cantik comel cun kalau tak mekap pun okay je cuma itu pandangan saya je.”

Tidak berdiam diri, Che Ta dilihat membalas komen netizen dengan menegaskan bahawa anaknya tidak dipaksa untuk menggayakan persalinan sedemikian serta meminta individu terlibat untuk berhenti membanding-bandingkan gaya hidup anaknya dengan orang lain.

image is not available

“Apesal kesian pulak? Bukan dia kena paksaa!! Kami parents ikut apa yang anak nak! Lifestyle dia tak sama dengan lifestyle anak u!!. So jangan nak samakan anak artis dengan anak u!!.”, balas Che Ta.

Dalam pada itu, Che Ta turut menjelaskan bahawa setiap orang hadir dari latar belakang yang berbeza.

image is not available

Untuk rekod -- Aaisyah Dhia Rana merupakan satu-satunya anak perempuan Che Ta bersama suaminya yang juga seorang pelakon iaitu Zain Saidin.

Aaisyah yang dilahirkan pada 1 November 2014 juga merupakan seorang Influencer di mana Instagramnya @aaisyahdhiarana111 mempunyai 1.5 juta followers!

image is not available