Jangan sebar kandungan bersifat provokasi di media sosial: KPN

21 Nov 2022 • 10:17 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Acryl Sani

KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia memberi amaran akan mengambil tindakan tegas terhadap pengguna media sosial yang memuat naik kandungan bersifat provokasi susulan keputusan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) dan dalam tempoh pembentukan kerajaan.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, pihaknya mengesan tindakan pengguna media sosial yang memuat naik kandungan menyentuh sentimen perkauman, keagamaan dan menghina institusi diraja.

"Polis memberi peringatan dan penegasan kepada pengguna media sosial agar mengekang diri daripada menyalahgunakan platform tersebut untuk menyebar kandungan bersifat provokasi yang boleh mengakibatkan kegusaran awam," katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Acryl Sani berkata, tindakan tegas di bawah Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia 1998, Akta Hasutan serta Kanun Keseksaan.

"Kita tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak yang cuba menimbulkan situasi mengancam keselamatan dan ketenteraman awam," katanya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved