
TAWAU: Orang ramai dinasihatkan agar tidak menularkan sesuatu maklumat yang tidak pasti kerana dikhuatiri boleh menimbulkan kerisauan dalam kalangan masyarakat setempat.
Ketua polis daerah Tawau, ACP Jasmin Hussin berkata, mereka seharusnya memeriksa terlebih dahulu maklumat yang diterima sebelum bertindak menyebarkannya, khususnya menerusi media sosial.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas kejadian rompakan yang tular kononnya berlaku di PPR Batu 8, Jalan Apas, di sini.
Maklumat tersebut kononnya diperoleh daripada ‘Group Batu 8’ dan meminta orang ramai berhati-hati kerana Batu 8 kini ada peragut.
SPONSORED CONTENT Electrifying windows of opportunity in Sabah - The right policies, collaborations, and strategies can turn emerging opportunities into victories for all parties in Sabah. CHIEF Minister Datuk Seri Panglima Hajiji Noor’s 2021 Hala Tuju Sabah Maju Jaya Plan and the Sabah Economic Development and Investment Authority (SEDIA) have laid out a road map to an exciting future for all Sabahans, with a target of increasing Sabah’s income levels and GDP per capita from about RM 23,000 to about RM 40,000 by 2030. Read more Jasmin mengesahkan tiada sebarang kejadian rompakan yang dilaporkan di daerah ini, sebaliknya kes tersebut dilaporkan berlaku di Sandakan.
“Kes ini (ragut) memang berlaku tetapi di Jalan Lintas Sibuga, Sandakan dan bukannya berlaku di PPR Batu 8 Tawau seperti yang dihebahkan dalam media sosial,” tegasnya.
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.


