Jangan Sertai ‘Flashmob’, Tindakan Tegas Bakal Diambil - KPN

LocalPolitics
16 Jul 2022 • 3:12 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Acryl Sani Abdullah Sani - Gambar fail

KUALA LUMPUR - Orang ramai diberi amaran supaya orang tidak menyertai aktiviti ‘flashmob’ atau perhimpunan yang bakal diadakan petang ini di seluruh negara bagi membantah kenaikan harga barang.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, tindakan tegas akan diambil oleh terhadap mana-mana penganjur flashmob atau perhimpunan dan peserta yang gagal mematuhi undang-undang.

Beliau berkata, perbuatan berhimpun tanpa kebenaran boleh dikenakan tindakan mengikut Akta Perhimpunan Aman (APA) 2012.

"Polis Diraja Malaysia (PDRM)

akan memantau dan memastikan situasi keselamatan negara tidak terjejas dan pada masa sama, masyarakat diminta memberi kerjasama dengan tidak terlibat dalam sebarabg aktiviti yang boleh menjejaskan ketenteraman awam,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Terdahulu, polis mengesan sebaran video di media sosial yang mengajak orang ramai untuk menyertai aktiviti ‘flashmob’ di seluruh negara.

Acara itu diadakan bagi menyatakan rasa tidak puas hati terhadap kenaikan harga barang sejak kebelakangan ini. - Getaran, 16 Julai 2022