Jangan Sertai Perhimpunan Esok, Jika Tidak…

22 Jul 2022 • 7:27 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Tular di media sosial mengenai satu perhimpunan yang akan diadakan esok bagi mendesak kerajaan menangani kenaikan mendadak harga barangan. - Gambar Fail

KUALA LUMPUR – Orang ramai dinasihatkan supaya tidak penyertai perhimpunan yang dijangka diadakan di hadapan sebuah pusat beli-belah di Jalan Tunku Abdul Rahman di sini, petang esok.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya berkata, tiada sebarang notis kebenaran diberikan untuk perhimpunan tersebut diadakan.

"Polis menerima maklumat berkaitan satu perhimpunan yang akan diadakan di Jalan Tuanku Abdul Rahman petang esok, namun tiada notis diterima setakat ini mengikut Akta Perhimpunan Aman 2012, justeru orang ramai dinasihatkan untuk tidak terlibat dalam aktiviti seumpama itu,” katanya di sini hari ini.

Menurut beliau, tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana pihak terlibat, termasuk penganjur dan peserta yang gagal mematuhi undang-undang berkenaan.

“Polis akan sentiasa berwaspada dengan penganjuran sebarang aktiviti yang boleh menjejaskan ketenteraman dan keamanan awam,” katanya.

Hari ini, tular di media sosial mengenai satu perhimpunan yang akan diadakan esok bagi mendesak kerajaan menangani kenaikan mendadak harga barangan. – Getaran, 22 Julai 2022