“Jangan Sesekali Maki, Cakap buruk Pasal Famili Saya” – Mira Beraya Bersama View Chin, Status Instagram Jadi Tumpuan

Entertainment
18 Apr 2024 • 7:11 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Pensohor media sosial dan TikToker, Mira tampil mencuri perhatian netizen apabila dia ada memuat naik video sambutan hari raya bersama keluarganya di kampung.

Apa yang mencuri tumpuan adalah apabila kemunculan usahawan View Chin bersama-sama Mira berpakaian sedondon beraya bersama.

Namun, satu hantaran berasingan Mira menimbulkan tanda tanya apabila dia seolah-olah meluahkan perasaan sedih kerana masih ada yang bercakap buruk dan penat apabila dimaki sesetengah netizen.

Kadang kala rasa penat dengan makian dan cacian, Allah itu sebaik baik perancang. Kalau nak maki dan nak burukkan cukup untuk Mira tapi jangan sesekali maki famili Mira. Orang dah tiada pun disebut-sebut. Berhenti cakap buruk pasal keluarga Mira.

Sebelum ini, Mira didakwa menjadi orang ketiga dalam rumah tangga View Chin bersama isterinya yang dikenali sebagai Ahmoi.

Setelah pendedahan itu, Mira sering kelihatan bersama dengan View Chin seolah-olah sudah bernikah dan membuatkan ramai netizen tertanya-tanya mengenai status hubungan antara kedua-dua mereka.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 24 hours ago

Youtuber Korea Kontroversi Lancar Tabung Derma Nak Bina Masjid, Ayana Moon & Farah Lee Minta Rakyat Malaysia Jangan Terpedaya