
Sebagai permulaan, perlu kita fahami apakah yang dimaksudkan dengan scammer. “Scammer” ialah seseorang atau kumpulan yang menggunakan taktik penipuan atau tipu daya untuk mendapatkan keuntungan yang tidak sah dari orang lain. Keuntungan ini kebanyakannnya melibatkan wang ringgit dalam jumlah yang besar. Antara taktik penipuan yang sering dilakukan adalah menerusi panggilan telefon palsu, e-mel phishing, mesej teks dan media sosial.
TEKNIK PENIPUAN SCAMMER
Teknik "Phishing" ialah satu jenis penipuan yang paling kerap dilakukan oleh scammer untuk mendapatkan keuntungan. Dalam kes ini, mereka menghantar e-mel atau mesej palsu yang kelihatan seperti datang daripada institusi yang sah seperti bank, syarikat teknologi, atau agensi kerajaan. Maklumat peribadi seperti nombor akaun bank, kata laluan atau maklumat kad kredit diminta dalam mesej ini. Scammer akan menggunakan maklumat yang dihantar oleh orang yang tertipu untuk mencuri wang atau identiti mereka. Dari maklumat yang mereka peroleh tersebut, akan digunakan sebagai bahan untuk memperdaya mangsa bagi tujuan tertentu terutamanya untuk mendadpatkan wang.
Selain daripada Pishing, beberapa taknik penipuan lain adalah seperti berikut:
Teknik Panggilan Menerusi Telefon:
Teknik ini kebiasaannya dikaitkan dengan penipuan penghantaran barang dan wakil daripada LHDN. Situasinya adalah seperti contoh berikut:- Seseorang itu terlebih dahulu dihubungi dan diletakkan dalam “voice message”, lantas menyuruh mereka untuk bercakap dengan pegawai yang berkaitan. Dari situ, scammer akan meminta pelbagai maklumat peribadi terutamanya nama penuh, no kad pengenalan dan Alamat sebelum mengorak Langkah seterusnya seperti meminta untuk membayar denda dengan jumlah-jumlah tertentu.
Teknik TAC dan SMS:
Teknik ini juga menggunakan cara menelefon mangsa utuk mendapatkan TAC kod keselamatan dalam melaksanakan suatu proses seperti pembelian, terutamanya apabila menggunakan kad kredit atau kad bank. Teknik penipuan ini juga sangat popular dan sering berlaku pada golongan dewasa/tua kerana mereka kurang peka dan kurangnya pendedahan dalam isu penipuan secara dalam talian.
SKIM PELABURAN PALSU
Selain itu, terdapat juga skim pelaburan palsu yang semakin berkembang dari zaman ke zaman di mana penipuan tersebut menjanjikan pulangan pelaburan yang tinggi kepada orang ramai tetapi hanya memaksa mereka untuk menghantar wang kepada mereka tanpa pernah melaburkannya. Secara tuntasnya, skim pelaburan dengan pelbagai nama hanya bertujuan untuk memperdaya pengguna tanpa menjanjikan pulangan yang sebenar. Berdasarkan maklumat dari Berita Harian bertarikh 26 May 2023, SC sekat 61 laman web disyaki pelaburan palsu. Bserdasarkan daripada penerangan tersebut, BAYAN LEPAS: Suruhanjaya Sekuriti (SC) menambah 84 entiti dalam senarai amaran pelaburnya dan menyekat 61 laman web disyaki melakukan penipuan pelaburan dalam tempoh empat bulan pertama tahun ini. Pengerusinya, Datuk Seri Dr Awang Adek Hussin, berkata SC turut menyekat 80 akaun media sosial dengan modus operandi yang lazim digunakan 'scammers' iaitu mempromosi skim pelaburan palsu menerusi WhatsApp dan Telegram.

MODUS OPERANDI
Terdapat kes di mana seseorang itu di-invite di dalam laman sosial Telegram dan dimasukkan ke dalam “Trading Group”. Group berkenaan memberikan pelbagai gambar dan janji-janji plasu yang kebanyakan daripada ahli group tersebut hanyalah “Fake Account” untuk mendapatkan kepercayaan daripada mangsa bahawa pelaburan yang dilakukan akan memberikan keuntungan yang berlipat kali ganda. Kebiasaan pakej pelaburan yang dijanjikan adalah :- apabila melabur RM200 akan mendapat pulangan sehingga RM2000, manakala pelaburan yang hanya bermodalkan RM800 akan mendapat pulangan hingga ribuan ringgit.
Apabila mangsa itu sudah membuat pemindahan wang pada akaun tertentu yang dipanggil sebagai “akaun keldai”, scammer ini akan memberikan 1001 alasan untuk membuatkan mangsa terus menerus memindahkan wang yang banyak ke dalam akaun keldai tersebut. Antara alasan yang diberikan adalah mangsa perlu menaiktaraf akaun ke Gold Account untuk mendapatkan pulangan, dan alasan yang lain seperti mangsa perlu membayar pendaftaran buat kali pertama. Dengan pelbagai alasan tersebut, mangsa akan terus menerus membuat pemindahan wang dengan harapan bahawa mereka akan berjaya mendapatkan pulangan yang telah dilaburkan.
INGATAN KEPADA ORANG AWAM
Kesemua pengguna yang diluar sana perlu beringat dan berwaspada bahawa dengan masalah ekonomi yang semakin mencabar, akan terdapt ramai pihak yang cuba mengambil kesempatan untuk mendapatkan wang degan cara yang mudah. Pengguna juga perlu diingatkan bahawa jangan sesekali berkongsi maklumat-maklumat penting seperti Nama Penuh beserta Bin/Binti, Nombor Kad Pengenalan, Nombor Telefon dan Alamat Rumah Lengkap untuk mengelakkan daripada pembocoran maklumat peribadi.

Selain itu, pengguna juga perlu diingatkan bahawa badan-badan penting seperti Kehakiman tidak akan menelefon seseorang jika mereka teribat dengan masalah undang-undang, sebaliknya mereka akan dihantar melalui email atau surat menyurat. Terdapat sesetengah kes di mana mangsa ditelefon oleh bahagian kehakiman sebagai salah satu cara untuk mengugut mangsa dalam sindeket penipuan.
BERWASPADA LEBIH BAIK DARI MENJADI MANGSA
Dalam mengelakkan anda menjadi mangsaseterusnya, anda boleh melakukan beberapa tidakan berikut.
Pertamanya, anda perlu menelefon pihak bank yang berkaitan untuk melaporkan kes penipuan tersebut. Seterusnya, anda boleh membuat laporan polis di Kawasan yang anda telah di-tipu. Sebagai contoh, jika anda menetap di Ampang tetapi anda telah menjadi mangsa penipuan di Ara Damandsara, anda mestilah melaporkan kes anda di Balai Polis yang berhampiran di Ara Damansara, bukan di Ampang. Laporan pertama perlu dilakukan di Kawasan yang anda di-tipu.
Seterusnya, anda boleh membuat semakan menerusi no akaun bank di link ini dalam meastikan bahawa nombor bank yang digunakan bukanlah “Aklaun Keldai” namun pengguna yang sebenar. Menerusi link yang sama anda juga boleh menyemak sama ada nombor telefon tersebut adalah nombor telefon ‘scammer’ atau sebaliknya. Andad juga boleh melihat keterangan lanjut menerusi link ini.

Jangan pernah terperangkap dan menjadi mangsa pnipuan dalam talian!
Beringat sebelum terkena, waspada sebelum menyesal!
Ikuti ezz_loor dalam perkongsian yang akan datang dalam Laman Facebook, Facebook Peribadi, Instagram dan NewsWav.
Ezz Loor adalah seorang penulis dalam program Newswav Creator, di mana anda boleh berkongsi cerita, meluahkan pandangan anda, atau menjadi wartawan rakyat dan pada masa yang sama mengewangkan kandungan anda & menjangkau jutaan pengguna di Newswav. Log masuk ke creator.newswav.com dan daftar sebagai Newswav Creator sekarang!
Kandungan Pengguna (“User Content” seperti yang ditakrifkan pada Syarat Penggunaan Newswav) di atas termasuk pandangan yang dinyatakan dan media (gambar, video, petikan dan lain-lain) dimuatnaik & diterbitkan oleh pengarang. Newswav adalah platform pengagregatan yang semata-matanya mengehoskan kandungan. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan tentang kandungan karya, hak cipta atau isu lain, sila hubungi Newswav.




