Jangan sesuka cium mulut bayi. Perilaku kita mungkin menyebabkan nyawa si comel melayang

Family & Parenting
4 Nov 2022 • 12:15 PM MYT
SinarPlus
SinarPlus

SinarPlus is a portal based on News, Current Affairs and Lifestyle content

image is not available

SUDAH menjadi lumrah, kalau bertemu dengan bayi, pasti kita teruja untuk dukung dan cium mereka.

Biasalah, kecomelan mereka membuatkan hati kita tak tahan.

Pun demikian, perilaku kita sebenarnya kurang disenangi oleh mak ayah mereka.

Luahan kekecewaan sering kita dengari terutama pada musim perayaan atau majlis perkahwinan sanak saudara yang menyaksikan ramai berkumpul.

Sebelum ini, pelakon tanah air, Eyra Hazali turut menyuarakan rasa kurang senang dengan individu yang bertindak mencium bayi orang lain tanpa izin ibu bapanya.

image is not available
Kredit foto: Twitter Eyra Hazali

Perkongsian di laman Twitter itu telah meraih lebih 4,000 ulang kicau dengan hampir 7,000 tanda suka. Ramai warga maya bersetuju dengan kenyataan yang dikemukakan oleh aktres berkenaan.

Antara kata-kata mereka:

image is not available
Kredit foto: Shiny Diamond

“Saya setuju, dulu anak buah selalu sakit sebab selalu kena cium, tak ada pertimbangan langsung dengan lipstik yang melekat.”

“Anak kakak sendiri pun saya tak berani cium sebab tahu bahaya sangat-sangat.”

“Dengan musim sekarang ini, kalau jumpa bayi comel, hanya mampu agah dari jauh sahaja. Nak pegang tangan dia pun takut. Ya, kita tak tahu penyakit apa yang kita bawa kepada mereka.”

“Ya betul. Saya akan tahan diri daripada pegang dan cium walaupun mereka terlalu comel.”

“Paling pantang dengan orang yang suka ambil anak orang sesuka hati, suap apa-apa makanan kepada bayi dan bagi telefon kepada anak orang walaupun mak ayah cakap tidak boleh.”

image is not available
Kredit foto: Rene Asmussen

Dalam pada itu, SinarPlus merujuk perkongsian Pegawai Perubatan Hospital Seremban, Dr Ahmad Luqman Bukhari.

Beritahu Dr Ahmad Luqman, orang ramai perlu mengelakkan sikap mencium bayi pada mulut kerana perbuatan berkenaan boleh mengakibatkan si kecil pergi buat selama-lamanya.

“Kalau jumpa bayi semasa beraya, jangan cuba-cuba untuk cium mulut mereka kerana ada satu kes yang berlaku kepada bayi berusia 18 hari.

“Dalam masa dua jam selepas dicium oleh ahli keluarga yang lain, mak kepada si kecil menyedari anaknya mula lembik dan tidak mahu menyusu. Perubahan itu telah menyebabkan mak ayah si bayi membawanya ke hospital,” ujarnya.

image is not available
Kredit foto: Sarah Chai

Jelas pakar itu, situasi yang dialami oleh bayi adalah disebabkan jangkitan virus Herpes (virus yang mudah tersebar melalui ciuman).

Untuk mendapatkan penerangan lanjut, SinarPlus merujuk, National Health Service (NHS), United Kingdom.

KOngsi laman perubatan itu, jangkitan berkenaan boleh menjadi begitu serius apabila ia menyerang bayi kerana ketika itu, sistem pertahanan badan mereka masih lagi lemah untuk melawan virus tersebut.

NHS turut memaklumkan bayi yang diserang virus Herpes bukan sahaja akan mengalami gejala tidak mahu menyusu, tetapi mereka mungkin menghidapi tanda-tanda berikut:

image is not available
Kredit foto: Jep Gambardella

i) Bayi cepat meragam.
ii) Suhu badan begitu tinggi.
iii) Timbul ruam atau lupa pada kulit, mata dan di dalam mulut.
iv) Sukar untuk bangun daripada tidur.
v) Mengalami kesukaran bernafas.
vi) Bernafas dengan laju.
vii) Kulit atau lidah berwarna biru pada bibir, lidah, gusi, bawah kuku dan sekeliling mata.

Justeru, orang ramai harus diingatkan untuk tidak bertindak sesuka hati. Elak memegang, mencium atau mendukung bayi yang masih lagi kecil tanpa izin kedua-dua orang tuanya.

Sekiranya diizinkan pun, pastikan anda mencuci tangan terlebih dahulu sebelum mula menyentuh si kecil.

Kredit foto utama: Pixabay

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

View Original Article