“Jangan Sombong Boleh Tak? Nama Baru Nak Dikenali…” – Norreen Pesan Pada Semua ‘Influencer’ Jangan Nak Kekwat

8 Nov 2022 • 3:53 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Pelakon yang dulunya seorang pempengaruh, Norreen Iman menasihati para influencer di media sosial untuk buang sifat bongkak dalam diri.

Jelasnya, tidak salah bagi pempengaruh untuk membuat konten viral untuk dikenali ramai tetapi mereka perlulah tahu sesuaikan diri dengan keadaan.

Tambah pelakon baru dalam industri hiburan itu, para selebriti media sosial tidak perlulah berasa diri mereka terlalu hebat sehinggakan sukar untuk didekati dan bekerjasama.

Macam inilah, kepada influencer influencer di luar sana, jangan sombong boleh tak? Jangan bongkak dan takbur. Nama ada baru sahaja nak dikenali. Tuhan kalau nak tunjuk sekejap saja.”

Kata Norren lagi, dia tidak pernah meninggi diri atau membuatkan dirinya sukar didekati memandangkan dia sendiri tidak janggal untuk berhadapan dengan pihak media.

Padanya, bukan semua situasi pempengaruh perlu anggap ia seperti kerja dan harus dibayar hanya kerana tanggapan bahawa air liur ‘mahal’.

Jangan kekwat dan sedar diri. Sila berpijak di bumi yang nyata.”

image is not available

Pelakon Cina Buta arahan Shahrulezad itu juga berkata dia selesa menjadi dirinya sendiri meskipun ada yang nampak dirinya seperti ‘kasar’.

Malah, Norreen turut akui pernah menghantar mesej kepada pengarah tersebut menerusi Instagram dan dengan selamba menyatakan niatnya untuk berlakon di bawah arahannya.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 2 minggu lalu

“Waktu Tu Batak Sikit” - Norreen Iman Akui Terlepas Pandang, Janji Bayar RM80 Hutang Tak Buat 'Paid Review'

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved