‘Jangan tanya soalan bodoh tuan’ – Owner butik terkejut dimaki individu mencari kerja

2 Aug 2024 • 11:03 AM MYT
The Reporter
The Reporter

Malay site offers reporting updates and viral community news from Malaysia

image is not available

Adab adalah penting apabila berkomunikasi dengan sesiapa. Jika adab kelaut, perbualan itu bukan sahaja menjengkelkan, malah akan menimbulkan persepsi buruk.

Semalam tular satu ciapan yang tular di platform X berhubung perbualan WhatsApp seorang pengadu dengan individu yang sedang mencari pekerjaan. Individu berkenaan melenting apabila ditanya satu soalan yang mudah dan berterusan memarahi pengadu.

“Mula-mula tak nak pos benda ni, tapi makin tebal dia punya bodoh. Dia minta kerja, kemudian saya tanya soalan ‘Sekarang masih kerja?’.

“Lepas tu dia maki-maki begini. Memang tak boleh tanya soalan masih kerja atau tak ke?” kata Tengku Kery.

Berdasarkan gambar tangkap layar yang dikongsikan, lelaki berkenaan menganggap soalan yang diajukan itu soalan bodoh dan tidak dapat diterimanya.

“Boleh ke tak kerja nak makan, bayar bil, sewa rumah, beli sabun, bersihkan diri dan lain-lain?

“Jangan tanya soalan bodoh tuan. Saya punya orang, straight to the point. Jangan tanya soalan bodoh-bodoh,” tegasnya.

image is not available

Bagaimanapun Tengku Kery menjelaskan soalan tersebut adalah soalan yang wajib ditanya. Ini kerana jika individu berkenaan masih bekerja, mungkin pekerjaan kedua yang dipohonnya itu boleh dibuat selepas waktu bekerja atau hari cuti.

Malangnya penjelasan itu masih tidak memuaskan hatinya dan sekali lagi dia menyembur pengadu.

“Eh bodoh, aku rasa kau yang bodoh. Mula-mula kau bagi soalan bodoh, sekarang kau tunjuk bodoh kau.

“Soalan wajib kepala otak kau la bodoh. Dalam dunia ini semua orang bekerja, bodoh. Kalau tak bekerja, orang tak guna phone, bodoh.

“Kau cakap sedang bekerja? Kalau sedang bekerja, itu bekerja la bodoh. Siapa yang takbur, bodoh. Aku cakap kau bodoh, kau tak terima,” katanya.

image is not available

Meninjau di ruangan komen, netizen mengakui terkejut dengan sikap biadab individu tersebut yang langsung tidak ingat pada kedudukan dirinya yang sedang mencari pekerjaan.

“Baguslah tu awal-awal dah tunjuk perangai sebenar. Kalau diambil bekerja pun, entah apa yang akan terjadi,” kata netizen.

“Biadab betul budak ni. Dia nak apply kerja jual baju ke jadi Ah Long? Sebab mulut dia macam k-mak sangat,” tambah netizen lain.