‘Jangan teriak dik, sedih Pak Mat tengok’

LocalFamily & Parenting
8 Sep 2026 • 2:07 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: ‘Jangan teriak dik, sedih Pak Mat tengok’

PETALING JAYA – Kemeriahan Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agropelancongan Malaysia (MAHA) 2026 meninggalkan kenangan tersendiri buat pengunjung apabila seorang kanak-kanak dilaporkan menangis selepas mengetahui hari terakhir pameran berkenaan.

Perkara itu dikongsikan seorang pengguna Threads, Janatun Maqwa yang meluahkan rasa terima kasih kepada penganjur sambil menyifatkan anaknya terlalu seronok sepanjang berkunjung ke MAHA 2026.

“Terima kasih MAHA. Anak saya terlalu seronok sampai dia nangis sebab tahu hari ni last MAHA.

“Semoga jumpa lagi. Kami satu keluarga memang peminat tegar pergi MAHA,” katanya.

Hantaran tersebut turut mendapat perhatian Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu yang meninggalkan komen dengan menyampaikan penghargaan kepada ibu bapa kerana membawa anak-anak ke pameran berkenaan.

“Jangan teriak dik. Sedih Pak Mat tengok. Terima kasih ibu ayah sebab bawa anak-anak ke MAHA 2026.

“Bila anak-anak seronok, dapat belajar dan balik dengan kenangan macam ni, rasa berbaloi segala usaha kita. Insya-Allah kita jumpa lagi na,” katanya.

Dalam pada itu, seorang lagi pengguna Threads, Ahmad Aidil mencadangkan supaya MAHA dianjurkan pada skala zon setiap empat bulan sebelum acara kemuncaknya diadakan secara nasional di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) Serdang.

Cadangan itu membabitkan penganjuran peringkat kawasan Utara, Selatan, Pantai Timur serta Sabah dan Sarawak sebelum MAHA Nasional di MAEPS.

Sementara itu, seorang pengguna lain, Chuie Lahashim berkongsi pengalaman anaknya berusia 12 tahun hingga 25 tahun yang menghabiskan masa bermain permainan tradisional ketika berkunjung ke MAHA.

Seorang lagi pengguna, Warisan Asli Ummi pula menyifatkan pengalaman itu sebagai sesuatu yang baik dalam usaha memastikan permainan tradisional tidak hilang ditelan kemajuan semasa. – KOSMO! ONLINE

The post ‘Jangan teriak dik, sedih Pak Mat tengok’ appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved