Jangan terkulai dengan pujian! PM Anwar syukur jadi pemimpin paling disukai, tekad kerja lebih kuat

LocalPolitics
26 Jun 2026 • 3:32 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim melahirkan rasa syukur selepas tinjauan Merdeka Center meletakkan beliau sebagai pemimpin politik paling disukai di negara ini.

Bagaimanapun, Anwar menegaskan pengiktirafan tersebut bukan alasan untuk berasa selesa, sebaliknya perlu dijadikan pemangkin untuk terus meningkatkan prestasi dan bekerja lebih keras demi rakyat.

“Sebaliknya, ia (pengiktirafan itu) perlu dijadikan pemangkin untuk terus memperbaiki prestasi dan bekerja lebih keras demi rakyat. Alhamdulillah, saya dengar cerita-cerita begitu, Alhamdulillah.
“Tapi saya sentiasa sebut dalam semangat islah ma istata’tu (melakukan pembaikan sedaya upaya termampu) iaitu kita berusaha sedaya upaya untuk terus meningkatkan prestasi.
“Kita sentiasa cuba lakukan yang sebaiknya, kerja lebih kuat dan jangan kadang-kadang terkulai dengan pujian-pujian ini,” katanya dalam sidang akhbar selepas menunaikan Solat Jumaat bersama rakyat di Masjid Jameatus Solehah Pekan Dengkil, hari ini.
Image from: Jangan terkulai dengan pujian! PM Anwar syukur jadi pemimpin paling disukai, tekad kerja lebih kuat

Kredit Foto: Faisol Mustafa | Utusan

Sebelum ini, Merdeka Center melaporkan Anwar merekodkan kadar sokongan tertinggi dalam kalangan pemimpin politik negara dengan memperoleh penarafan positif sebanyak 52 peratus.

Tinjauan yang dijalankan dari 12 Mac hingga 9 April lalu itu turut mendapati 42 peratus pengundi Malaysia percaya negara berada di landasan yang betul meskipun berdepan ketidaktentuan global serta cabaran ekonomi semasa.

Image from: Jangan terkulai dengan pujian! PM Anwar syukur jadi pemimpin paling disukai, tekad kerja lebih kuat

Kredit Foto: Faisol Mustafa | Utusan

Artikel lain: PM Anwar raih sokongan tertinggi 52 peratus, kekal pemimpin paling diyakini – Tinjauan Merdeka Center

Menurut Merdeka Center, angka tersebut kekal tidak berubah berbanding tinjauan yang dijalankan pada Disember 2025 dan Februari 2026.

Berdasarkan pecahan etnik, bumiputera Muslim dan bukan Muslim di Sabah serta Sarawak mencatat tahap kepuasan tertinggi iaitu 68 peratus, diikuti responden Cina (53 peratus), manakala responden India dan Melayu masing-masing merekodkan kadar kepuasan sebanyak 46 peratus dan 44 peratus.

Sumber: Utusan Online (Mohd Husni Mohd Noor)

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved