“Jangan Terlibat Dengan Dadah, Alkohol & Rokok” – Lelaki Singlet Putih Beri Nasihat Kepada Anak Muda [Video]

26 Jun 2024 • 5:30 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

image is not available

Lelaki singlet putih yang sebelum ini tular video pergaduhannya bersama seorang peniaga kedai runcit di Pulau Pinang dengan sekelip mata menjadi seorang influencer dikenali ramai.

Itulah rezeki yang dimiliki Inthiran, 39, apabila kesan terhadap videonya ‘one by one gentlemen’ yang tular itu telah mengubah kehidupannya.

Kini, wajah Inthiran kerap kali dilihat di media sosial terutamanya TikTok dalam mempromosikan kedai-kedai makan seperti Pak Mat Western dan banyak lagi.

Lelaki singlet putih beri nasihat kepada anak muda

Terbaharu, Inthiran menerusi satu temu bual bersama pusat gimnasium Grand Empire di Bukit Tinggi, Pahang telah memberi nasihat kepada anak muda untuk tidak melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti negatif yang boleh membinasakan diri.

Menerusi hantaran video yang dimuat naik di akaun TikTok miliknya @thiran1040, dia menasihati anak muda di Malaysia agar tidak terlibat dengan penyalahgunaan dadah, alkohol dan rokok.

“Anak-anak muda perlulah bekerja keras untuk mengharumkan nama keluarga, masyarakat dan negara. Anak-anak muda adalah harapan negara pada masa akan datang,” katanya.

Inthiran akui kesalah salah pilih rakan, nasihat orang ramai agar tidak melakukannya

Menurutnya lagi, dia turut menasihati orang ramai agar mengelak daripada berkawan dengan rakan-rakan yang negatif seperti mengajak untuk menghisap rokok.

Inthiran mengakui kesalahan sedemikian telah dilakukan olehnya sebelum ini apabila rakan-rakannya sering mengajaknya untuk meminum minuman keras.

“Selepas ini saya memang tak nak campur (berkawan) dengan kawan-kawan macam ini (ajak minum arak), jadi saya nak kembali seperti asal.

“Selepas ini saya ingin pergi ke gimnasium, bersukan, dan meneruskan kehidupan (seperti dahulu),” katanya lagi.

Inthiran miliki diploma dalam bidang Logistic and Supply Chain dengan CGPA 3.73

image is not available

Berkongsi mengenai latar belakangnya pula, Inthiran dilahirkan dan membesar di Pulau Pinang selain memiliki sijil diploma dalam bidang Logistic and Supply Chain di Politeknik Seberang Perai dengan CGPA 3.73.

Anak jadi Pulau Pinang itu sememangnya minat dalam aktiviti-aktiviti sukan dan seni mempertahankan diri seperti Karate, bermain gimnasium, tracking serta banyak lagi.

image is not available

Source: