
LAHAD DATU: Rakyat disaran agar menilai sendiri pencapaian Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) dan tidak mengendahkan dakyah pembangkang yang cuba menjatuhkan Presiden parti, Datuk Seri Hajiji Noor.
Ketua Penerangan Gagasan Rakyat Negeri, Datuk Nizam Abu Bakar Titingan berkata, Hajiji yang juga Ketua Menteri Sabah sangat prihatin terhadap rakyat.
Nizam berkata, keprihatinan beliau dapat dilihat melalui usaha berterusan yang dilaksanakan bagi meletakkan Sabah kembali ke landasan yang betul.
Katanya, masyarakat boleh melihat pencapaian yang dikecapi semasa menjadi kerajaan selama empat tahun ini.
SPONSORED CONTENT Sinyi Group Founder, Chou Chun-Chi, Wins 2024 Asia Pacific Enterprise Award and Expands Sustainable Tourism Ventures in Sabah, Malaysia Kota Kinabalu: The 2024 Asia Pacific Enterprise Awards, hosted by Enterprise Asia, aims to recognize the most outstanding business leaders and organizations in the Asia-Pacific region. Read more “Hasil pendapatan negeri kita tahun demi tahun menunjukkan peningkatan yang begitu memberangsangkan. Pelabur menunjukkan keyakinan untuk melabur di tempat kita.
“Usaha yang dibawa oleh kerajaan pimpinan Datuk Seri Hajiji Noor untuk meletakkan Sabah ini kembali ke landasan yang betul, dengan menyelesaikan isu-isu legasi seperti air, elektrik dan jalan raya, menampakkan satu usaha yang cukup baik bagi mengatasi perkara-perkara ini,” katanya ketika ditemui selepas merasmikan Mesyuarat Tahunan Gagasan Rakyat Bahagian Silam.
“Contohnya dapat dilihat melalui pengumuman penambahan 20 unit rumah bagi golongan memerlukan di mana 40 unit disediakan pada tahun hadapan.
“Perkara ini dapat direalisasikan kerana kita mempunyai pendapatan dan kewangan yang semakin kukuh dan diserahkan kembali kepada rakyat.
“Banyak lagi usaha yang dilaksanakan oleh kerajaan mengikut pelan pembangunan Sabah Maju Jaya (SMJ).
“Kita yakin bahawa kalau kita berpegang kepada ini, terus menyokong dan mendukung kerajaan GRS-PH ini, Sabah akan menjadi sebuah negeri maju dan berjaya pada masa akan datang,” tambahnya.
Dalam pada itu, Nizam turut mengucapkan syabas kepada Gagasan Rakyat Bahagian Silam di bawah pimpinan Ketua Bahagian, Datuk Mizma Appehdullah yang berjaya menubuhkan 91 cawangan.
Tambahnya, ini membuktikan bahawa Gagasan Rakyat semakin menarik minat masyarakat untuk sama-sama berjuang dan membela nasib rakyat.
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.

