
Jangan Tinggal 8 Peralatan Elektrik Ini Hidup Sebelum Anda Pergi Bercuti
Keselamatan rumah semasa ditinggalkan bagi tempoh yang lama terutamanya untuk bercuti perlu diberi perhatian yang serius.
Mana tidaknya, ramai yang hanya menitikberatkan aspek keselamatan fizikal seperti mengunci pintu dan tingkap, tetapi mengabaikan faktor elektrik yang tidak kurang pentingnya.
Kebanyakan peralatan elektrik yang dibiarkan bersambung pada soket boleh menyebabkan pembaziran tenaga. Lebih membahayakan lagi dapat meningkatkan risiko berlakunya kebakaran.
Walaupun nampak remeh, langkah mudah mencabut palam sebelum keluar rumah mampu memberikan perlindungan berganda kepada kediaman anda.
Oleh itu, berikut kami kongsikan 8 peralatan elektrik yang ‘wajib’ dicabut sebelum meninggalkan rumah, supaya anda dapat bercuti dengan lebih tenang tanpa risau tentang keselamatan harta benda.
Peralatan yang perlu dicabut sebelum pergi bercuti
1. Peralatan dapur kecil
Peralatan dapur di atas kaunter masih menggunakan elektrik walaupun tidak digunakan. Oleh itu, cabut palamnya untuk elakkan pembaziran tenaga dan risiko lonjakan elektrik.
Contoh peralatan yang perlu dicabut:
- Mesin kopi
- Ketuhar gelombang mikro (microwave)
- Penggoreng udara (air fryer)
- Pengisar (blender)
- Cerek elektrik
- Pemanggang roti (toaster)
- Pengadun (stand mixer)
- Periuk tekanan rendah
- Periuk nasi elektrik
- Kuali elektrik
- Pengisar makanan (food processor)
2. Pemanas ruang
Peralatan ini tetap berisiko walaupun digunakan dengan pengawasan. Sebaiknya cabut palam sebelum meninggalkan rumah kerana ia boleh menyebabkan kebakaran apabila dibiar bersambung dengan elektrik.
3. Selimut elektrik
Jika anda menggunakan selimut elektrik di rumah, pastikan ia dicabut setiap kali tidak digunakan kerana peralatan ini juga berisiko menyebabkan kebakaran.
4. Pengecas
Semua pengecas terutamanya bateri lithium-ion perlu dicabut daripada soket. Jika dibiarkan terlalu lama ia boleh menjadi panas, meletup dan terbakar.
5. Konsol permainan
Walaupun sudah dimatikan, peralatan ini tetap menggunakan elektrik. Oleh itu, cabut konsol permainan jika tidak digunakan untuk tempoh yang lama.
6. Komputer
Komputer atau laptop anda boleh terjejas akibat lonjakan elektrik jika dibiarkan bersambung sepanjang masa.
Bagi mengelakkan kerosakan atau kos pembaikan yang tinggi, pastikan ia dicabut sebelum anda meninggalkan rumah.
7. Unit penyaman udara tingkap
Rumah yang kosong tidak perlu disejukkan. Jadi, pastikan unit penyaman udara tingkap dicabut dan dikeluarkan sebelum anda bercuti.
8. Alat gaya rambut
Tidak dinafikan, peralatan seperti pengering, pelurus dan pengeriting rambut menghasilkan haba yang sangat tinggi.
Jika dibiarkan terpasang terlalu lama, ia boleh menyebabkan kebakaran. Jadi, pastikan anda mencabut semua peralatan ini sebaik sahaja selesai digunakan.
Peralatan yang perlu dibiarkan bersambung
Walaupun kebanyakan peralatan elektrik perlu dicabut bagi menjimatkan tenaga dan mengelakkan risiko, namun terdapat beberapa peralatan lain yang tidak boleh dicabut walaupun ketika anda bercuti.
Peti sejuk dan peti sejuk beku
Kedua-dua peralatan ini perlu terus berfungsi untuk mengekalkan suhu yang stabil. Jika dicabut, makanan akan cepat rosak dan membazir.
Peti sejuk beku
Peti sejuk beku juga perlu sentiasa bersambung dengan elektrik bagi memastikan makanan kekal beku dan tidak rosak sepanjang ketiadaan anda.
Penghala (router) dan modem
Peralatan ini menggunakan tenaga yang sangat sedikit dan memutuskan sambungannya boleh menjejaskan peranti lain di rumah, seperti termostat atau sistem keselamatan.
Sumber: Southern Living
The post Jangan Tinggal 8 Peralatan Elektrik Ini Hidup Sebelum Anda Pergi Bercuti appeared first on Siakap Keli.




