
Kota Kinabalu: Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor berkata Jabatan Kerja Raya (JKR) seharusnya bertanggungjawab membuat pemantauan, pemeriksaan yang kerap dan rapi serta berjadual terhadap jalan rosak di mana sekali pun, sama ada di bandar besar atau kawasan pekan.
“Jangan menunggu sehingga berlaku kemalangan baru kelam-kabut bertindak,” katanya, menyatakan kesedihannya terhadap kejadian seorang penunggang motosikal yang maut selepas melanggar lubang jalan di Lido, baru-baru ini.
Advertisement“Sementara perkara ajal dan maut itu adalah takdir yang telah ditentukan, tetapi jalan-jalan yang rosak ini, tidak kira di mana sekali pun, pihak JKR seharusnya bertanggungjawab membuat pemantauan atau pemeriksaan yang kerap dan rapi serta berjadual.
“Jangan tunggu sampai ada aduan atau arahan, baru mau bergerak! Ini adalah zaman di mana segala-galanya berada di hujung jari. Silap sedikit, pasti ada tukang tular sambil menyalahkan Kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan Ketua Menteri.
SPONSORED CONTENT How Spritzer’s silica rich natural mineral water makes your skin healthier When it comes to skincare, the first thought on our minds would be beauty products such as serums, creams, and masks. However, beauty experts and even researchers have stated that drinking more water can be just as crucial for your skin's health. Read more “Yang dilihat dan yang ditegur bukannya Kementerian atau Jabatan berkenaan, tetapi Kerajaan dan Ketua Menteri,” katanya.
Hajiji berkata, begitu juga dengan isu air, isu elektrik, isu setinggan haram oleh golongan pendatang tanpa izin (PTI) dan pelbagai lagi isu terkait kepentingan rakyat, yang sepatutnya dapat diatasi dengan cekap, pantas dan tangkas.
AdvertisementMengenai isu air, beliau berkata masalah itu diwarisi daripada kerajaan terdahulu, yang tidak memahami isu bekalan dan pembahagian air.
Jabatan Air menjalani rombakan dan perubahan drastik sehingga pegawai yang berpengalaman dipindah, selain kontraktor sedia ada diganti.
Advertisement (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});“Akibatnya, sekarang bekalan air terputus-putus di sana sini, malah ada air tetapi masin. Semuanya berpunca daripada masalah pengurusan bekalan air yang tidak cekap, dan lebih memburukkan lagi keadaan, berlaku kecurian bekalan air berleluasa yang sangat luar biasa, sehingga mencecah 60 peratus air bersih kita hilang dicuri orang.
“60 peratus Air Tidak Terhasil (NRW) bukan sedikit. Lebih separuh air bersih kita hilang. Ini tanggungjawab Jabatan Air untuk kenalpasti di mana dan bagaimana punca-punca kehilangan itu berlaku.
“Saya difahamkan bahawa 60 peratus NRW itu kini berjaya diturunkan setelah dikenal pasti beberapa kawasan yang terdapat penyambungan haram dengan menghentikan penyambungan tersebut.
“Persoalan saya, apa jaminan penduduk setinggan haram tersebut tidak menyambung semula saluran air berkenaan?,” katanya.
Ketua Menteri berkata kementerian dan jabatan berkaitan sepatutnya bertindak pantas menjelaskan kepada rakyat apa sebenarnya masalah yang berlaku dan dihadapi sekarang.
Beliau mengambil contoh projek dan kerja-kerja memperbaiki Loji Rawatan Air Telibong 2 yang telah pun siap.
“Bagaimanapun, bekalan air masih belum mencukupi kerana proses pemasangan paip baharu yang menyalurkan air dari lori itu ke Sepanggar dan sekitar Kota Kinabalu masih dalam pembinaan, dan hanya akan siap sebelum akhir tahun ini.
“Untuk bekalan air kepada penduduk di sebelah Putatan, pihak Jetama sedang membina Skim Bekalan Air Segera (UWSS), iaitu loji baharu berkapasiti 5 juta liter sehari (JLH). Projek ini dijangka siap pada Mei nanti yang akan menghasilkan pertambahan 5 JLH khusus untuk kawasan sekitar Putatan.
“Selain itu, Projek Loji Rawatan Air Kogopon 2 di Papar yang masih dalam pembinaan, dijangka siap sepenuhnya pada tahun hadapan yang akan meningkatkan kapasiti air terawat untuk kawasan Papar dan juga Putatan.”
Hajiji berkata, bagi memastikan bekalan air yang konsisten untuk jangkamasa panjang, Kerajaan Negeri dengan Kerajaan Pusat berkolaborasi membina Empangan Hidroelektrik Ulu Padas di Tenom, yang dijangka siap pada 2029.
“Projek mega ini akan menjadi sumber bekalan air mentah, terutama ke beberapa daerah utama di Sabah. Dengan projek ini juga aliran bekalan elektrik akan diperluaskan dengan menghubungkan rantau selatan dan tenggara Sabah, sekali gus mencipta rangkaian tenaga yang lebih stabil,” tegasnya.
