“Janganlah Buat Macam Tu” – Ramai Geram Lihat Wanita Tolak Kopiah Pak Cik Teksi Lepas Kereta Terlibat Kemalangan [Video]

LocalEntertainment
10 Feb 2025 • 10:19 AM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

image is not available

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.


Sebagai manusia, kita sememangnya tidak lari dari diuji dengan pelbagai ujian dan cabaran.

Ujian pula datang dalam pelbagai bentuk. Ada yang diuji dengan kewangan, ada juga yang diuji dengan keadaan tertentu seperti kemalangan jalan raya.

Apa yang penting adalah cara seseorang itu menangani ujian yang dihadapi dengan penuh kesabaran dan kebijaksanaan.

Namun, ada segelintir individu dilihat kurang menerapkan rasa sabar dalam diri hingga sanggup bertindak di luar batasan.

Wanita Pukul Kopiah Orang Lebih Tua

Semalam (9 Februari), tular di media sosial video sebuah kemalangan yang melibatkan sebuah kereta jenis Proton Saga dan kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Innova.

Menerusi video yang dikongsikan semula di Facebook, kemalangan dipercayai berlaku di lorong kanan sebuah lebuh raya.

Apa yang menjadi perhatian adalah tindakan seorang wanita yang dilihat seakan-akan sedang marah dan memukul kopiah yang berada di atas kepala seorang lelaki hingga menyebabkan kopiah itu jatuh ke bawah.

Namun, lelaki tersebut langsung tidak melawan dan membalas perbuatan biadab wanita berkenaan dan dilihat terus mengambil kopiahnya itu.

Difahamkan, tindakan wanita itu dipercayai gara-gara dia tidak berpuas hati kereta Proton Saga miliknya dilanggar dari belakang oleh lelaki yang dipercayai pemandu kereta Toyota Innova itu.

Menerusi video yang tular itu, dapat dilihat bahagian hadapan Toyota Innova berkenaan kemek teruk berbanding bahagian belakang Proton Saga berwarna putih itu.

Kot ye pun marah janganla buat gitu

Posted by Sukan Star TV – sstv.my on Sunday 9 February 2025

Ramai Geram Lihat Tindakan Wanita, Dianggap Tidak Hormat Orang Tua

Video yang telah mendapat lebih 187,000 tontonan tu nyata menarik perhatian pengguna media sosial.

Mengintai ke ruangan komen, ramai yang mengecam tindakan wanita berkenaan yang memukul kopiah lelaki tersebut.

Ini kerana mereka berpendapat walaupun kemalangan berpunca dari lelaki tersebut namun wanita berkenaan perlulah menghormati orang tua dan lebih beradab.

Tidak hanya itu, ada juga yang berkongsi pengalaman sendiri berhadapan dengan situasi yang sama. Apa yang membezakan adalah layanan mereka terhadap orang yang lebih tua.

Kedua-Dua Pemandu Tidak Alami Kecederaan – Polis

Untuk info, kemalangan yang tular itu berlaku di Kilometer 20.2 Lebuh Raya Utara-Selatan Hubungan Tengah (Elite) kira-kira jam 4 petang pada 8 Februari lalu.

Menurut Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Deputi Superintendan Mohd Sufian Amin, hasil siasatan mendapati seorang lelaki berusia 20an yang memandu kereta Proton Saga telah membrek kenderaannya.

Tindakan lelaki tersebut menyebabkan kereta Toyota Innova yang dipandu oleh seorang lelaki berusia 50an melanggar belakang kereta Proton Saga tersebut ketika berlakunya kesesakan di lokasi berkenaan.

“Impak pelanggaran menyebabkan Toyota Innova itu rosak di bahagian depan manakala Proton Saga di bahagian belakang.

“Kedua-dua pemandu tidak mengalami apa-apa kecederaan dan telah hadir membuat laporan polis,” katanya yang dipetik dari Kosmo.

Polis Turut Keluarkan Saman

Tambah Mohd Sufian lagi, pegawai penyiasat telah mengeluarkan saman di bawah Rule 10 LN 166/59 atas kesalahan gagal mengawal kenderaan menyebabkan kemalangan.

Mohd Sufian turut meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian untuk menghubungi Pegawai Penyiasat Kes, Sarjan Mohd. Amin Azahan Saleh di talian 019-7800942 atau 03-31872222.

Ini antara komen pengguna Facebook:

“Tiada Adab Dengan Orang Tua”

image is not available

“Kot Ya Pun Pakcik Tu Salah, Jangan Sampai Tunjai Kepala Dia, Sampai Terpelanting Kopiahnya”

image is not available

“Suruh Pakcik Tu Buat Report, Mendatangkan Kecederaan Dengan Sengaja”

image is not available

“Pernah Accident, Kena Langgar Dengan Pakcik Dah Berumur, Settle Tepi Je, Cakap Elok-Elok”

image is not available

“Kot Ya Pun Pakcik Tu Salah, Undang-Undangkan Ada, Cuba Yang Itu Ayah Kita, Orang Buat Macam Tu”

image is not available

Source: