“Janggal..” – Kim Seonho Luah Perasaan Selepas Babak Dalam ‘When Life Gives You Tangerines’ Trending Seluruh Dunia

WorldEntertainment
16 Jul 2025 • 12:33 PM MYT
KimchiDaily
KimchiDaily

Kpop malay site consists of entertainment news, hot topics related to Korea

Mesti ramai kan yang dah habis layan drama “When Life Gives You Tangerines”?

Baru-baru ini ketika temu bual bersama majalah Elle Korea, Kim Seon-ho ada mengulas mengenai trend yang viral menerusi sosial media, yang diambil oleh salah satu babaknya bersama IU dalam drama tersebut.

Dia meluahkan perasaannya,

Bila saya mula-mula dengar cabaran itu menjadi trending, saya ingat ia hanyalah gurauan. Sebagai seorang pelakon, ianya sangat menyeronokkan.

image is not available

Tambahan, Kim Seon-ho juga berkongsi bahawa setiap kali dia pergi ke mana-mana acara sekarang, ramai orang memintanya untuk melakonkan semula adegan mengenyit mata itu. Namun, dia berkata,

Tapi, saya berasa janggal dan tidak dapat melakukannya dengan betul. Jadi, saya sedikit kesal.

Sementara itu, Kim Seon-ho juga akan menemui penonton dengan drama barunya berjudul “Delusion”, bergandingan dengan Suzy. Ia dijangka akan mula bersiaran pada 2026 nanti.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.