“Janggal Sangat..” – Baru 2 Episod, ‘Motel California’ Dikritik Dek Aspek Tak Realistik Ini

EntertainmentMovie
14 Jan 2025 • 11:40 AM MYT
KimchiDaily
KimchiDaily

Kpop malay site consists of entertainment news, hot topics related to Korea

Siapa yang biasa menonton K-Drama, pastinya perasan beberapa naskhah yang mengetengahkan watak yang gempal. Contohnya, “Dream High”, “Oh My Venus” dan lain-lain.

Terbaru, “Motel California” juga turut menampilkan watak Na In-woo sebagai seorang yang gempal ketika remaja sebelum berubah menjadi lebih tegap ketika dewasa.

Walau bagaimanapun, ramai yang tidak bersetuju dengan cara mereka menggambarkan watak itu kerana telalu jelas lemak itu hanyalah ‘sut badan’. Ini kerana ‘lemak’ pada bahagian pipinya kelihatan keras manakala bahunya kelihatan tidak selari dengan saiz badan lelaki itu.

Sut lemak yang dipakainya nampak pelik dan janggal.

Pun begitu, rata-rata penonton berpuas hati dengan sinematografi, plot dan perkembangan drama itu lantas isu mengenai ‘sut badan’ itu hanyalah kritikan remeh sahaja memandangkan babak Na In-woo semasa remaja jarang dipaparkan.

Apa kata korang?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.