'Jangka hayat 12-18 bulan...' Bapa tunai impian anak kanser otak genggam ijazah, berkorban 2 hari dalam ambulans

LocalFamily & Parenting
14 Oct 2026 • 11:16 AM MYT
SinarPlus
SinarPlus

SinarPlus is a portal based on News, Current Affairs and Lifestyle content

Image from: 'Jangka hayat 12-18 bulan...' Bapa tunai impian anak kanser otak genggam ijazah, berkorban 2 hari dalam ambulans

TULAR video graduan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Maklumat dengan Pengurusan Perniagaan (Kepujian) Kolej Universiti TATI (UC TATI), Muhammad Afiq Mohd Hairul Fahmy, 23, menghadiri konvokesyen meruntun hati.

Dalam keadaan berkerusi roda dan memerlukan bantuan oksigen dan menempuhi perjalanan jauh dari Banting, Selangor sebelum meneruskan perjalanan ke Kemaman, Terengganu, Muhammad Afiq menaiki pentas konvokesyen Kolej Universiti TATI (UC TATI) ke-26 pada 10 Oktober lalu kerana kesungguhan ibu bapanya.

Menerusi temu ramah bersama Era FM, bapanya Kapten Ts Mohd Hairul Fahmy Yob mendedahkan anak sulungnya itu kini semakin lemah dan mempunyai jangka hayat selama 12 hingga 18 bulan.

Image from: 'Jangka hayat 12-18 bulan...' Bapa tunai impian anak kanser otak genggam ijazah, berkorban 2 hari dalam ambulans

"Anak saya ini telah lalui satu pusingan radioterapi dan kimoterapi. Selepas kimoterapi keenam, ketumbuhan baharu dikesan pada pangkal otak.

"Ketumbuhan baharu ini yang menyebabkan semakin teruk," kongsinya.

Dalam pada itu, Mohd Hairul memaklumkan Muhammad Afiq benar-benar ingin merealisasikan impiannya untuk menamatkan pengajian dan menerima ijazah walaupun berdepan keadaan kesihatan yang semakin merosot.

"Impiannya ialah untuk menggenggam segulung ijazah. Dia memang nak dan personally request kepada saya.

Image from: 'Jangka hayat 12-18 bulan...' Bapa tunai impian anak kanser otak genggam ijazah, berkorban 2 hari dalam ambulans

"Kalau ikutkan hati saya sebagai bapa, tak perlu pergi. Malah ketika berhubung dengan universiti pun, mereka cuba untuk memudahkan anak saya atau buat sesi berasingan," tuturnya.

Lebih memilukan, Mohd Hairul mendedahkan keadaan anaknya semakin lemah sehingga memerlukan perhatian dan penjagaan rapi, namun semangat Muhammad Afiq untuk menghadiri konvokesyen tetap kuat.

"Anak saya ni, macam saya cakap tadi, dia punya keadaan very slim. So doktor pun sudah mengesahkan dia punya jangka hayat dalam lingkungan 12 ke 18 bulan.

"Dia ada lima beradik dan dia adalah anak yang sulung dan satu-satunya lelaki dalam keluarga.

Image from: 'Jangka hayat 12-18 bulan...' Bapa tunai impian anak kanser otak genggam ijazah, berkorban 2 hari dalam ambulans

"Apabila doktor memberikan jangkaan hayat, itu yang memberikan saya kekuatan dan semangat untuk saya untuk penuhi apa jua permintaannya, " ujar Mohd Hairul.

Difahamkan, perjalanan mereka dari Banting, Selangor ke Kemaman, Terengganu menaiki ambulans yang disediakan oleh 96 Hospital Angkatan Tentera (96 HAT) mengambil masa selama dua hari kerana keperluan kesihatan pemuda itu.

Pengorbanan tersebut membolehkan Muhammad Afiq merealisasikan impiannya untuk berada di pentas konvokesyen meskipun terpaksa menempuh perjalanan yang panjang dalam keadaan kesihatan yang tidak mengizinkan.

Dalam majlis konvokesyen baru-baru ini, Muhammad Afiq menerima Anugerah Khas Aegrotat yang disampaikan Naib Canselor UC TATI, Datuk Ir Kamaluddin Abd Rashid bersama Rektor, Prof Ir Dr Hairul Azhar Abdul Rashid.

Sumber: Instagram

 

 

 

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved