Jangkaan Meleset, Muhyiddin Luah Kecewa – “Terima Kasih Anwar Turunkan Harga Telur 3 Sen”

LocalPolitics
18 Jun 2024 • 11:12 AM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Presiden parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin meluahkan rasa kecewa apabila jangkaan awalnya berhubung pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menurunkan harga barang sebagai satu mekanisme komprehensif meleset.

Menerusi perkongsian di Facebook, Muhyiddin telah memuat naik satu hantaran berbaur sarkastik dengan mengucapkan terima kasih kepada Anwar berhubung penurunan harga telur yang dikatakan mampu mengembalikan hasil penjimatan subsidi diesel kepada rakyat.

image is not available

Foto: Free Malaysia Today

Menurut beliau, inisiatif kerajaan itu bukan sahaja meningkatkan harga telur, malah barangan dan perkhidmatan seperti tambang bas sekolah turut terkesan.

“Terima kasih lah Perdana Menteri kerana mengumumkan penurunan harga telur sebanyak 3 sen. Katanya ini sebahagian daripada usaha kerajaan untuk mengembalikan hasil penjimatan penyasaran subsidi diesel kepada rakyat.
“Jadi, saya jangkakan Perdana Menteri nak umumkan satu mekanisme komprehensif untuk menurunkan harga barang,” katanya dalam kenyataan pada Isnin.

image is not available

Foto: Bernama

Sementara itu, bekas Perdana Menteri itu berkata, jangkaannya meleset apabila beliau melihat tiada sebarang kenyataan mengenai pakej ekonomi dan bantuan rakyat bernilai RM4 bilion yang bersamaan dengan jumlah penjimatan perbelanjaan kerajaan hasil penyasaran subsidi.

“Namun yang diumumkan hanyalah penurunan harga telur yang melibatkan perbelanjaan kerajaan sebanyak RM100 juta sahaja.

“Jangkaan saya meleset,” ujarnya.

image is not available

Semalam, Anwar telah membuat pengumuman bahawa pihak kerajaan menurunkan harga runcit telur ayam di seluruh Malaysia sebanyak tiga sen sebiji sebagai langkah untuk mengembalikan hasil penjimatan penyasaran subsidi kepada rakyat.

Sumber: Facebook @Muhyiddin Yassin