Jangkitan COVID-19 Kembali Menurun, 6 Kematian

21 Aug 2022 • 10:48 AM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Angka terbaharu itu menjadikan jumlah keseluruhan individu dijangkiti virus berkenaan meningkat kepada 4,755,288 kes setakat ini - Gambar Hiasan

KUALA LUMPUR - Angka jangkitan COVID-19 kembali menurun dengan 2,798 kes direkodkan semalam berbanding 3,490 kes kelmarin.

Berdasarkan data laman sesawang COVIDNOW, angka terbaharu itu menjadikan jumlah keseluruhan individu dijangkiti virus berkenaan meningkat kepada 4,755,288 kes setakat ini.

Jumlah direkodkan itu membabitkan 2,793 kes tempatan dan lima kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara.

Sebanyak enam lagi korban COVID-19 direkodkan semalam dengan satu kes berlaku di luar hospital atau brought-in-dead (BID).

Kematian tertinggi direkodkan di Johor dan Selangor dengan masing-masing dua kes manakala setiap satu kes di Kuala Lumpur dan Negeri Sembilan.

Angka terbaharu itu menjadikan jumlah kumulatif kematian mencecah 36,136 setakat ini dengan 7,678 daripadanya adalah kes BID.

Sehingga tengah malam tadi, sebanyak 39,417 kes aktif COVID-19 dilaporkan di seluruh negara.

Daripada jumlah kes aktif itu, 96.4 peratus atau 39,417 pesakit sedang menjalani kuarantin di rumah, 29 kes dirawat di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC), sementara 1,379 orang atau 3.4 peratus menerima rawatan di hospital.

Sebanyak 65 kes sedang dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dengan 39 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan.

Terdapat 4,669 kes sembuh direkodkan setakat semalam, menjadikan jumlah keseluruhan kes pulih sepenuhnya daripada virus tersebut adalah sebanyak 4,678,262 kes. - Getaran, 21 Ogos 2022