Jangkitan Kuman Dalam Darah, Hamdan Senario Ditidurkan

1 Jan 2024 • 2:00 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Jangkitan Kuman Dalam Darah, Hamdan Senario Ditidurkan

Ahli kumpulan Senario, Hamdan Ramli telah dimasukkan ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) dan ditidurkan akibat jangkitan kuman dalam darah.

Berita itu disahkan oleh anak perempuannya, Natasya Hamdan, menerusi perkongsian di TikTok.

“Assalamualaikum semua, sedia maklum diketahui bahawa ayah saya Ahmad Hamdan Mohamed Ramli atau dikenali sebagai Hamdan Senario ditidurkan atas sebab jangkitan kuman dalam darah,” katanya.

Natasya memohon agar orang ramai mendoakan bapanya yang dilaporkan dimasukkan ke hospital sejak 30 Disember.

image is not available
Gambar: Natasyahmdn

“Saya beritahu babah yang dia seorang kuat dan babah adalah bapa yang terbaik di dunia ini, dia mengangguk.

“Kami semua tunggu babah, mama, abang Misha, abang Aiman, abang Haqem dan adik sentiasa ada di sini untuk babah, teruskan berjuang.

“Untuk semua terima kasih atas kata-kata semangat, tak terbalas jasa kalian. Tolong doakan babah saya ya semua, kami memerlukan doa-doa anda,” kata Natasya.

Menerusi perkongsian itu, dia juga memuatnaik beberapa gambar bersama keluarganya.

image is not available
Gambar: Natasyahmdn

Terdahulu, Hamdan, 54, sepatutnya menjayakan acara Wonderful Night with Senariounion bersama anggota Senario yang lain di Johor Bahru, namun tidak dapat menyertainya kerana masalah kesihatan itu.

Sementara itu, Wahid Senario menerusi Facebook miliknya turut memohon agar orang ramai mendoakan kesihatan Hamdan.

“Malam ni showcase Senariounion, terima kasih pada Azlee dan KS Entertainment.

“Dan juga buat Hamdan Senario semoga dipermudahkan segala urusan kerana tiba-tiba sampai JB berada dalam keadaan tidak sihat, sama-sama kita doakan beliau segera sembuh,” katanya.

Sumber: Natasyahmdn