Janidah, Nuraina didakwa miliki kad pengenalan palsu

11 Dec 2025 • 2:51 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Janidah (hadapan) dan Niraina tiba ke mahkamah pada Khamis.
image is not available
Dua wanita warga Filipina mengaku bersalah di Mahkamah Majistret, Johor Bahru, atas pertuduhan memiliki kad pengenalan palsu, di sini, Isnin lalu.

JOHOR BAHRU - Dua wanita warga Filipina mengaku bersalah di Mahkamah Majistret, Johor Bahru, atas pertuduhan memiliki kad pengenalan palsu, di sini Isnin lalu.

Janida Daimun, 53, dan Nuraina Asmawil, 33, membuat pengakuan berkenaan dihadapan Majistret A. Shaarmini setelah pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa mahkamah.

Mengikut pertuduhan, Janidah yang bekerja sebagai pencuci bangunan, didakwa memiliki dua kad pengenalan palsu, atas nama satu individu.

Dalam masa sama, Nuraina yang bekerja sebagai penyelia kepada Janidah, didakwa memiliki kad pengenalan palsu atas nama dua individu.

**media[3368385]**

Mereka didakwa melakukan kesalahan itu Isnin lalu pada jam 7 malam di Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Johor, pada Isnin.

Kes dikendalikan Pegawai Pendakwa Jabatan Pendaftaran Negara Noor Aliyah Yaacob dan tertuduh diwakili peguam Norasyikin Md Jabarulla.

Mahkamah kemudiannya memerintahkan tertuduh membayar denda RM5,000 dan jika gagal di bayar penjara enam bulan jika gagal bayar.