“Janji Halalkan” – ‘Selamat’ Puluhan Ribu Ringgit, Pasangan Bahagia Hanya Habis RM3K Untuk Majlis Kahwin

Family & Parenting
11 Jul 2023 • 4:11 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Kalau sebut saja soal pasangan yang ingin berkahwin, pasti perkara pertama akan difikirkan adalah duit yang perlu dikeluarkan bagi membuat majlis perkahwinan.

Kebanyakkan orang kita akan mula pening memikirkan budget puluhan ribu ringgit yang perlu digunakan untuk meraikan hari istimewa itu.

Tetapi tidak buat pasangan muda ini apabila mereka dengan bijaknya hanya menghabiskan RM3000 saja untuk majlis perkahwinan.

image is not available

Menurut wanita tersebut, dia serta suami lebih memilih untuk bersederhana kerana tidak mahu berlaku pembaziran asalkan segala hal wajib dilakukan oleh mereka.

Dalam pada masa yang sama, dia turut meluahkan rasa syukur kerana perjalanan mendirikan masjid bersama pasangan tercinta berjalan dengan lancar serta mendapat sokongan daripada kedua-dua ibu bapa.

image is not available

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen berasa cemburu terhadap pasangan tersebut kerana mempunyai ibu bapa yang memahami.

 

image is not available

Dalam pada masa yang sama, ada juga beberapa netizen yang turut berkongsikan bajet mereka sewaktu melakukan majlis perkahwinan yang jauh lebih murah daripada pasangan tersebut.

Sehingga artikel ini ditulis, lebih 300,000 ribu tanda suka dan hampir 4000 pengguna meninggal komen di hantaran tersebut.

image is not available 8 months ago

Beri Alasan Bincang 'Assignment', Dua Penuntut IPT Dicekup Berkhalwat Dalam Hotel Bajet