Janji Nak Buka Puasa Tapi Anak Tak Datang, Ibu Meninggal Dunia Dalam Keadaan Tekanan

Family & Parenting
3 Apr 2023 • 2:40 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
ibu meninggal dunia

Apabila keadaan tak mengizinkan, ada dalam kalangan anak-anak mengambil keputusan untuk menghantar ibu ke rumah jagaan orang tua.

Namun, tindakan anak-anak meninggalkan ibu bapa tanpa melawatnya selama bertahun-tahun telah menyebabkan si ibu bersedih.

Janji nak bawa ibu buka puasa tapi tak datang

Seperti yang dikongsi pengguna Facebook ini, dia mendengar seorang penceramah menceritakan kisah mengenai seorang wanita tua yang meninggal dunia dalam keadaan tekanan.

image is not available

Mana tidaknya, anak-anak berjanji untuk datang mengambilnya buka puasa bersama tetapi sampai ke sudah batang hidung pun tak nampak.

Pada awalnya, si ibu sangat teruja kerana sudah dua tahun tak berjumpa. Si ibu bersiap seawal 5 pagi meskipun anak akan ambil pada pukul 5 petang.

Sedar anak tak kunjung tiba, si ibu masuk ke bilik tanpa makan walau sebutir nasi sewaktu berbuka puasa. Keesokan harinya, si ibu didapati telah meninggal dunia.

Allahu, sampainya hati buat ibu macam tu.

Kredit: mStar | Facebook Shafa Nizam

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.