Janji Umum Penghargaan Luar Biasa Untuk Rakyat, PMX Minta Masa Teliti Cadangan

LocalPolitics
21 Jul 2025 • 11:41 AM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
Ohmedia pmx

Perdana Menteri (PMX) Datuk Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini menjanjikan penghargaan luar biasa untuk rakyat yang bakal diumumkan dalam masa terdekat.

Terbaru, beliau memohon sedikit masa untuk meneliti pengumuman yang mungkin akan dibuat pada esok atau Rabu.

Bakal diumumkan esok atau Rabu

image is not available

Lapor Berita Harian, perkara ini disahkan Perdana Menteri ketika berucap pada Majlis Perhimpunan Bulanan Jabatan Perdana Menteri (JPM) hari ini.

Keresahan ini memerlukan saya pertimbangkan perubahan dan pengumuman yang perlu dibuat bagi meredakan tuntutan mereka. Saya sudah nyatakan dalam sehari dua ini, saya perlu buat pengumuman sama ada dalam bentuk langkah tambahan atau sebagainya, tetapi ia perlukan sedikit masa untuk diteliti dengan sebaiknya.

Terdahulu, beliau mencuri tumpuan selepas memuat naik satu poster misteri yang dikatakan mengandungi penghargaan luar biasa untuk rakyat Malaysia.

Poster berwarna biru yang dimuat naik itu turut disertakan kapsyen ringkas “Nantikan”, sekali gus mencetuskan rasa ingin tahu orang ramai.

Pssttt! Diharapkan pengumuman yang bakal dibuat nanti benar-benar memberi kelegaan dan manfaat kepada semua lapisan masyarakat.

Kredit: Berita Harian
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.

The post

appeared first on

.