Janna Nick Balik Kedah, Luang Masa Dengan Datuk Nenek Sebelum Berpindah Ke Luar Negara

LocalFamily & Parenting
9 Sep 2025 • 10:46 AM MYT
The Malaysian Update
The Malaysian Update

Portal berita pilihan anda untuk isu semasa, politik, hiburan, & banyak lagi

image is not available

Pelakon dan pengacara, Janna Nick bersama suaminya, Dini Schatzmann mengambil kesempatan pulang ke kampung halaman di Kedah sebelum berangkat menetap ke luar negara tidak lama lagi.

Balik Kampung Sebelum Berangkat

Menerusi perkongsian di TikTok, Janna atau nama penuhnya Nurul Jannah Muner, sempat menziarahi datuk dan nenek tercinta serta menikmati hidangan air tangan neneknya yang pasti akan dirindui selepas berpindah kelak.

“Tinggal beberapa hari lagi sebelum pindah ke luar negara. Sebelum pergi jauh, kena balik kampung dulu ucap selamat tinggal. Tapi bukan selamanya,” tulis Janna.

Masakan Nenek Tetap Sama

Menurut Janna, meskipun neneknya sudah kurang bertenaga, namun tetap berkeras mahu menyediakan makanan kegemaran cucu kesayangan.

“Tok tetap nak cedok nasi walaupun tahu cucu boleh ambil sendiri. Dulu lauk penuh meja, sekarang Tok dah tak larat. Tapi rasa masakan tetap sama,” katanya sebak.

Tok Wan Teruja Setiap Kali Cucu Balik

Sementara itu, datuk Janna atau Tok Wan juga tidak dapat menyembunyikan rasa gembira setiap kali melihat cucu pulang ke kampung, lebih-lebih lagi selepas beliau keluar hospital bulan lalu akibat masalah kesihatan.

“Tok Wan teruja setiap kali cucu balik. Dia suka berkemas, sama macam Dini, cuma sekarang dah tak larat. Setiap kali saya nak balik, Tok Wan akan menangis. Semoga Allah panjangkan umur Tok dan Tok Wan,” luahnya.

Perpisahan Dengan Sahabat

Dalam masa sama, rakan baik Janna iaitu Puteri Sarah Liyana turut berkongsi rasa sebak kerana bakal berpisah, selain menitip pesanan supaya menjaga diri dengan baik.

Difahamkan, Janna dan Dini bakal berpindah serta menetap di London, United Kingdom, namun pasangan itu masih belum mendedahkan perancangan sebenar mereka di sana.

Doa Peminat Mengiringi

Bagi peminat, momen perpisahan ini pastinya menyentuh hati, lebih-lebih lagi apabila melihat keakraban Janna bersama keluarga tercinta. Apa pun, mereka mendoakan agar perjalanan baru Janna dan Dini dipermudahkan, sambil terus menanti perkembangan pasangan ini di bumi asing. – The Malaysian Update

The post Janna Nick Balik Kedah, Luang Masa Dengan Datuk Nenek Sebelum Berpindah Ke Luar Negara appeared first on The Malaysian Update.

View Original Article