Janna Nick harap dikurniakan zuriat untuk menemani -“Ada impian besar belum tercapai”

LocalFamily & Parenting
3 Jan 2026 • 4:03 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Sempena menyambut Tahun Baharu, pelakon dan pengacara Janna Nick meluahkan hasrat yang belum tercapai selepas lebih tiga tahun mendirikan rumah tangga, iaitu menimang cahaya mata yang diimpikan sejak sekian lama.

image is not available

Janna Nick ucap selamat tahun baru

Perkara itu dikongsikannya Janna atau nama sebenarnya Nurul Jannah Muner, 30 menerusi hantaran di Instagram sewaktu menyambut tahun baru bersama suami, Dini Schatzmann.

“Selamat Tahun Baharu. Masih ada impian besar yang belum tercapai.
“Bukanlah kekayaan, kewangan atau pencapaian kerjaya tetapi hanyalah sepasang mata, tangan dan kaki kecil untuk menemani dan melengkapi perjalanan yang indah ini,” tulisnya.

image is not available

Doa setiap orang dapat capai impian masing-masing

Dalam pada masa yang sama, Janna turut mendoakan agar setiap individu berjaya mencapai impian masing-masing.

“Setiap dari kita pasti punya impian dan saya doakan semoga segala impian kalian juga tercapai. Andai kata masih belum tercapai, jangan pernah menyerah dan mengalah.
Cukup sekadar menjalani kerana hidup ini adalah sebuah perjalanan yang indah,” katanya.

image is not available

Artikel lain: Pindah London, sewa rumah Janna Nick cecah RM22,000 sebulan

Janna sebelum ini pernah menangis secara peribadi akibat datang bulan dan pernah teresak-esak meminta orang ramai berhenti bertanyakan soal anak, selain mendedahkan sudah setahun menjalani rawatan persenyawaan in-vitro (IVF) namun gagal.

Janna dan Dini berkahwin pada Jun 2023 di sebuah pusat peranginan di Langkawi.

Sejak berkahwin, pasangan ini tidak merancang soal anak tetapi sentiasa berharap agar dikurniakan cahaya mata.

Sumber: Instagram jannanick

View Original Article