Janna Nick nafi dakwaan buat akaun palsu dari UK, nasihat jangan cepat percaya berita palsu

LocalEntertainment
21 Apr 2026 • 2:32 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Pelakon Janna Nick tampil menjelaskan keadaan sebenar susulan dakwaan yang mengaitkannya dengan penciptaan akaun palsu di aplikasi Thread susulan aduan terhadap seorang kru penerbangan.

Nafi buat akaun palsu

image is not available

Menerusi hantaran di Threads, Janna atau nama sebenarnya Nurul Jannah Muner, 31, menolak sekeras-kerasnya tuduhan berkenaan. Menurutnya, dia kini berada di Jepun dan bukannya di United Kingdom (UK) seperti yang didakwa sesetengah pihak.

image is not available

“Wei aku dekat Jepun ini. Dari 13 hari bulan aku dah gerak ke China. Macam mana pula boleh create akaun palsu dari UK?
“Dah cakap, korang ini senang percaya fitnah dunia, tapi tak sedar. Dah kenapa pula aku nak buat akaun palsu? Tak gigihlah aku,” ciapannya, semalam.

Dalam pada itu, Janna turut menafikan dakwaan kononnya dia bercadang mengambil tindakan undang-undang terhadap sebuah syarikat penerbangan.

image is not available

“Airline mana aku nak saman pun aku tak tahu. Nak sebut dialog ‘I nak saman airline’, bunyi macam dialog drama slot Akasia sangat.
“Lantak koranglah nak percaya cerita-cerita ini semua,” tambahnya lagi.

Artikel lain: Janna Nick tak sombong tapi ‘insecure! Anggap diri selekeh, malu jumpa orang luar

Terdahulu, seorang individu yang mendakwa dirinya kru penerbangan berkongsi pengalaman berdepan dengan seorang selebriti yang dikatakan bersikap sombong serta sukar bertolak ansur ketika pesawat yang dinaiki mengalami masalah teknikal.

Susulan pendedahan itu, muncul pula satu akaun Thread yang dipercayai palsu membuat aduan kepada syarikat penerbangan terbabit, kononnya bagi mendesak tindakan diambil terhadap kru berkenaan.

Keadaan menjadi lebih hangat apabila akaun tersebut turut didakwa dicipta dari UK, sekali gus menguatkan spekulasi yang mengaitkannya dengan aktres berkenaan.

Sumber: Threads jannanick

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved