“Jaringan Perniagaannya Luas Hendaklah Dipelihara” – Perlu Dilindung Daripada Tuduhan Melulu, PAS Percaya Sisi Positif GISBH

LocalPolitics
23 Sep 2024 • 9:10 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Dalam pada ramai yang menghentam GISB Holdings Sdn Bhd susulan didakwa melakukan hal-hal terkutuk, PAS tetap percaya sisi positif syarikat tersebut terutama dari segi perniagaannya yang luas dan merasakan ia perlu dilindungi daripada tindakan terburu-buru susulan ketidak adilan berhubung isu ini.

Menurut Setiausaha Agung PAS iaitu Datuk Seri Takiyuddin Hassan, pihaknya percaya kumpulan itu mempunyai sisi positif dan perlu dilindungi daripada sentimen tuduhan melulu, prasangka atau agenda politik pihak-pihak tertentu yang dipercayai sengaja mengeruhkan keadaan.

Namun begitu, PAS amat mengalu-alukan siasatan terhadap GISBH tetapi perlulah dilakukan secara telus dan terperinci.

image is not available

Keghairahan untuk menghukum mereka tidak seharusnya memberi kesan buruk terhadap ahli-ahli yang tidak bersalah atau aspek-aspek aktiviti GISBH yang sah, patuh undang-undang dan bermanfaat.

Dalam pada itu, Ketua Polis Negara iaitu Tan Sri Razarudin Husain menafikan dakwaan yang mengatakan pegawai kanan dalam pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) cuba melindungi kegiatan GISBH.

image is not available 2 days ago

"Salah Guna Nama Imam Mahdi, Jelmaan Rasulullah" - Perlis Negeri Pertama Isytihar GISBH Kumpulan Ajaran Sesat

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved