JAS siasat pembakaran timbul bau busuk

LocalEnvironment
14 Jul 2026 • 9:32 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: JAS siasat pembakaran timbul bau busuk
Tangkap layar di media sosial berhubung aduan penduduk. embakaran di lokasi disyaki dilakukan pencari bahan lusuh. Foto JAS
Image from: JAS siasat pembakaran timbul bau busuk
Sampel telah diambil untuk dihantar ke Jabatan Kimia bagi tujuan analisis. Foto JAS

SUNGAI PETANI – Jabatan Alam Sekitar (JAS) Kedah menyiasat punca kebakaran dipercayai pembakaran plastik yang menimbulkan bau busuk dan ketidakselesaan terutama pada waktu malam sehingga awal pagi sekitar Bandar Amanjaya di sini.

Pengarah JAS Kedah, Sharifah Zakiah Syed Sahab berkata, siasatan dijalankan oleh JAS Cawangan Sungai Petani Ahad lalu kira-kira jam 2.30 petang susulan aduan awam yang diterima.

Menurutnya, hasil pemeriksaan mendapati terdapat kawasan tanah rendah ditimbus sampah domestik di lokasi terbabit.

"Pembakaran di lokasi itu disyaki dilakukan oleh pencari bahan lusuh.

"Sampel telah diambil untuk dihantar ke Jabatan Kimia bagi tujuan analisis, manakala carian pemilik tanah turut dijalankan," katanya dalam kenyataan pada Isnin.

**media[3581571]**

Beliau berkata, kes disiasat bawah Seksyen 29A Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.

Jika sabit kesalahan, pesalah boleh dikenakan denda maksimum RM1 juta atau penjara sehingga lima tahun atau kedua-duanya sekali.

Menurutnya, kes juga akan dirujuk kepada Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) untuk tindakan lanjut kerana melibatkan pelupusan sisa domestik secara haram.

Sebelum ini, tular di media sosial dakwaan penduduk mengenai bau pembakaran terbuka sehingga menimbulkan kebimbangan terhadap kesihatan awam.

Kawasan yang didakwa terjejas meliputi Bukit Banyan, Bandar Amanjaya, Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) dan kawasan berhampiran.

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved