Jasin kembali banjir, 275 mangsa dipindah ke lima pusat pemindahan

14 Oct 2024 • 2:39 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

MELAKA, 14 OKT: Daerah Jasin kembali terjejas banjir dengan 275 orang daripada 77 keluarga dipindahkan ke lima pusat pemindahan sementara (PPS) hari ini.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Melaka dalam kenyataan memaklumkan kesemua PPS itu ialah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dang Anum, Sekolah Kebangsaan (SK) Serkam Darat, SK Tedong, SK Merlimau dan SMK Dato Abdul Rahman Ya’kob.

“Kesemua PPS itu mula dibuka pada 8 dan 9.15 pagi tadi dengan menempatkan penduduk dari Kampung Kilang Berapi dan Lubok Buaya.

“Banjir berlaku susulan hujan lebat pada awal pagi tadi,” menurut kenyataan itu.

– BERNAMA

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved