Jasmine Food perluas portfolio produk, lancar Jasmine Krim Kelapa

LocalFood
28 Sep 2026 • 6:59 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Jasmine Food perluas portfolio produk, lancar Jasmine Krim Kelapa

PETALING JAYA – Jasmine Food Corporation Sdn. Bhd. (Jasmine Food) terus memperluas tawaran produk menerusi pelancaran rasmi Jasmine Krim Kelapa di Pusat Pameran dan Dagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC), Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Dilancarkan bersempena Malaysia International Halal Showcase (Mihas) 2026, produk baharu itu diketengahkan khusus untuk pengusaha restoran serta perusahaan kecil dan sederhana.

Ketua Pegawai Operasi, Jasmine Food, Alan Kwong berkata, produk berkenaan menawarkan nilai yang lebih tinggi dan praktikal untuk perniagaan.

“Ia direka khusus untuk memenuhi keperluan perniagaan perkhidmatan makanan. Ia mengandungi 24 peratus kandungan lemak dengan tekstur yang lebih halus, berkrim dan konsisten dalam format seliter,” katanya.

Menurut beliau, pelancaran Jasmine Krim Kelapa itu merupakan langkah penting untuk Jasmine Food, berkembang daripada sebuah syarikat pemasaran beras kepada rakan penyedia penyelesaian sektor perkhidmatan makanan yang lebih menyeluruh.

“Ia sekali gus memperluaskan portfolio produk berdasarkan citarasa dan keperluan masakan rakyat Malaysia dengan teksturnya halus, lebih berkrim, sesuai untuk pelbagai jenis masakan, dan memberikan hasil konsisten.

“Jasmine Food sinonim dengan beras berkualiti, namun kini sedia melebarkan peranan sebagai rakan penyedia penyelesaian makanan untuk sektor perkhidmatan makanan,” ujarnya.

Pelancaran tersebut turut menyaksikan Jasmine Food memperkenalkan semula rangkaian produknya di luar kategori beras, iaitu Jasmine Santan Kelapa 200ml dan Jasmine Ketupat Mini.

“Produk-produk ini memenuhi keperluan isi rumah serta pengguna yang mencari pilihan mudah untuk penyediaan makanan harian.

“Semua produk Jasmine mendapat pensijilan halal yang mengukuhkan komitmen syarikat dalam memasarkan produk makanan dipercayai untuk pengguna,” tambahnya. – KOSMO! ONLINE

The post Jasmine Food perluas portfolio produk, lancar Jasmine Krim Kelapa appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved